in

Budak Lelaki Dipaksa Oleh Ibu Untuk Pakai Baju Annabelle Cuit Hati Netizen

Anna6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak-anak kecil (bukan Islam) yang menyambut Halloween pastinya akan ternanti-nantikan hari tersebut. Ini adalah kerana Halloween merupakan hari untuk mereka mengumpul gula-gula dan chocolate sambil mengenakan kostum yang menakutkan menarik.


Pada Halloween Oktober lalu, seorang budak lelaki telah dipaksa oleh ibunya untuk menggayakan kostum Annabelle yang telah berjaya mencuit hati netizen.

Anna4
sumber: youtube

Menurut Nextshark, bagi mengukir kenangan, ibu kepada kanak-kanak tersebut telah memujuk anaknya seminggu sebelum menghadiri parti Halloween, untuk mengenakan kostum tersebut. Pada awalnya, budak lelaki ini menolak tetapi akhirnya bersetuju selepas termakan pujukan dan rayuan si ibu.

Anna3
sumber: facebook

Namun begitu, pada hari parti Halloween tersebut, ibunya baru tersedar bahawa anaknya mempunyai temujanji dengan doktor gigi dan terus ke klinik meskipun masih berpakaian sebagai Annabelle.

Setibanya di klinik, doktor gigi dan jururawat di situ tidak dapat menahan gelak melihat kanak-kanak itu dengan kostum yang dipakainya. Dengan mukanya yang masam, gelagatnya mencuit hati mereka. Comel sangat!

Anna1
sumber: facebook
Anna2
sumber: facebook

Gambar budak lelaki tersebut kini tular di Facebook dan telah mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana kostumnya tetapi kerana riak wajahnya yang kelihatan tidak suka dengan kostum yang dipakainya.

Bila tengok budak ni, tak tahu nak takut ke nak gelak…

Baca: Lelaki Tak Sensitif Cari Pasal Pakai Kostum ‘Pengebom Berani Mati’ di Parti Halloween

Anna5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.