in

Budak Lelaki Di Filipina Maut Terkena Renjatan Elektrik Lepas Cucuk ‘Extension Plug’ Dengan Sudu

Cats 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun dilaporkan telah meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik di Quezon City, Filipina.


Kanak-kanak yang bernama Jack Angara itu dikatakan telah bermain dengan sudu besi lalu mencucuk ke dalam lubang extension cord, menyebabkan dia terkena renjatan elektrik dan tidak menyedarkan diri.

1 10

3 7

Menurut ibunya, Eloisa Angara, dia kebiasaannya akan menggunakan sudu besi untuk membuat susu formula buat anaknya.

Eloisa menerangkan dia telah meletakkan sudu besi tersebut di satu kawasan yang tidak boleh dicapai oleh Jack, namun kanak-kanak itu masih mampu untuk mencapai sudu besi itu.

“Saya nak buka pintu pada ketika itu, apabila saya terdengar bunyi letupan. Saya jadi takut, tapi saya ingat ada benda yang jatuh”, terang Eloisa dalam satu kenyataan.

Kanak-kanak itu ditemui oleh bapanya beberapa ketika selepas bunyi letupan itu. Jack dibawa ke hospital untuk rawatan susulan namun dia dilaporkan telah meninggal dunia.

2 8

Rentetan kemalangan ini, Joe Zaldarriaga, wakil daripada syarikat elektrik Meralco mengeluarkan beberapa nasihat buat penduduk Filipina.

“Kemalangan boleh berlaku jika ‘extension cord’ disentuh atau dicucuk dengan mengunakan benda atau jari”, terangnya dalam satu kenyataan.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

 

Sumber: Yahoo! News

 

BACATak Balik Rumah 2 Hari, Budak Darjah 6 Akhirnya ‘Buka Mulut’ Kena Rogol Dengan 15 Lelaki

Capture 10

Sumber: PhilNews
Sumber: PhilNews
Sumber: PhilNews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.