in

Budak 9 Tahun Berdepan Detik Cemas, Cedera Di Perut Akibat Tercuc*k Besi Pengayuh Basikal

Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Manik Urai Baru, Kuala Krai di negeri Kelantan berdepan detik cemas semalam apabila mangsa yang berusia sembilan tahun cedera pada perut akibat tercucuk besi pengayuh basikal.

Menurut laporan Berita Harian, budak lelaki itu kemudiannya telah dibantu oleh pihak bomba dan penyelamat daerah Kuala Krai untuk menyelamatkan mangsa.


Difahamkan, alat khas seperti hand grinder telah digunakan oleh anggota-anggota bomba untuk memotong besi tersebut tanpa menyebabkan kecederaan lain kepada kanak-kanak tersebut.

kanak kanak tercucuk besi pengayuh basikal pada perut

Artikel Berkaitan: “Acah tak bersalah pulak” – Netizen Dedah Bahaya Naik Basikal Lajak, Adik Tak Pasal-pasal Kena Langgar Sampai Trauma

Artikel berkaitan: “Halang laluan bas” – Rapid Bus Perjelas Video Pemandu Bas Berselisih Faham Dengan Geng Basikal

Besi pangayuh basikal itu kemudiannya berjaya dipotong dan selepas itu, mangsa terus dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat.

Walau bagaimanapun, bagaimana besi pengayuh basikal itu boleh tercucuk pada perut mangsa tidak dikongsikan kepada umum.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.