Kanak-kanak perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan masa depan mereka ditentukan oleh sesiapa yang menjaganya ketika kecil.
Pun begitu, semalam sebuah berita menyayat hati telah tular di media sosial di mana seorang kanak-kanak 4 tahun meninggal dunia di hospital selepas 3 hari bertarung nyawa, dia dipercayai telah didera dengan kejam di Senggarang, Batu Pahat, Johor.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1607417096459415552?s=20&t=nBGaE2qw9vl-AwQvaQ5vQg
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima satu laporan polis pada hari Jummat lepas daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang.
“Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menahan lima warga tempatan, dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun antara jam 12 tengah hari hingga 9.45 malam Sabtu.
Kita percaya mereka terbabit dalam kejadian mendera mangsa sehingga mati.
Hasil siasatan awal, mangsa ini dijaga oleh kakak kandungnya selepas ibu bapa mereka dimasukkan ke dalam penjara akibat kesalahan dadah, namun kemudian mangsa diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga,” katanya.
Polis turut merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa antaranya pengecas telefon bimbit, sarung bantal, cadar, batang besi berukuran 29 inci, penyangkut baju, jaring penutup kipas dan batang besi penongkat motosikal.
Kes tersebut sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Baca: Netizen Bengang Tengok Individu Dera Kanak-Kanak, Kena Tampar Dan Cubit Sampai Terangkat!