in

Buat Tak Endah Arahan Polis Trafik, Netizen Kecam Sikap Pemandu Singapura

Pemandu Sg Biadap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah banyak kali kita dengar mengenai sikap pemandu kereta dari Singapura yang dikatakan sesuka hati melanggar peraturan trafik di negara kita tanpa sebab yang munasabah.

Kali ini tular satu video di Twitter yang memaparkan tindakan keras kepala seorang pemandu kereta dengan nombor plat Singapura yang enggan mengendahkan arahan polis trafik yang bertugas.


Menerusi video itu, dapat dilihat pemandu berkenaan ditahan seorang anggota polis trafik namun dia tetap menggerakkan keretanya dan mengabaikan arahan polis itu untuk berhenti.

Polis trafik berkenaan juga dilihat menepuk kereta terbabit beberapa kali sebelum berdiri di hadapan kereta itu untuk menahan ia daripada berlalu pergi.

Menerusi potongan video lain, dua anggota polis pula dilihat menahan kereta itu ke tepi untuk tindakan lanjut.

“Kata 1st world tapi perangai secondhand” 

Video yang tular itu telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang marah dengan apa yang berlaku dan berharap kerajaan mengetatkan undang-undang berkaitan kesalahan jalan raya kepada pemandu dari negara asing.

Polis

Apa-apapun diharapkan kita mematuhi peraturan di jalan raya tak kiralah sama ada di negara sendiri mahupun di negara orang. Kalau viral macam ni, negara sendiri juga yang malu kan? 

Baca: Dah Travel Ke 33 Buah Negara Tapi Wanita Ini Kata Singapura Bukan Negara ‘Favourite’ Sebab…

Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.