in

“Buat ketika diri saya dilanda musibah” – Da’i Syed Jelaskan Sebab Kenapa Dia Perangkan Rambut

Syed 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah terpalit dalam kontroversi hangat tahun lalu, nama Da’i Syed kini sekali lagi menjadi tumpuan apabila imejnya yang berambut perang dipersoalkan, ia memandangkan dirinya dikenali sebagai seorang pendakwah.


 

Untuk tampil lebih yakin

Menurut sumber, tujuan Da’i Syed Shah Iqmal melakukan perkara sedemikian adalah untuk tampil lebih yakin.

Katanya, ia dibuat sejak tahun lalu selepas dirinya berdepan dengan pelbagai dugaan yang membuatkan dia tak yakin bersemuka dengan orang ramai, tegasnya lagi dia menggunakan produk inai dimana ia tidak menghalang daripada wudhuk.

Mmmm 620X382 1

 

“Bila saya perangkan rambut ini, ubah sikit imej dan penampilan, adalah rasa yakin sikit. Tak salah pun sebab saya pakai inai, bukan guna produk yang menghalang air atau yang menyukarkan saya untuk berwuduk atau mandi wajib.” 

Malah dia juga akan mengubah imej penampilannya yang lebih sesuai pada masa akan datang.

“Contohnya, mungkin saya akan potong rambut pendek jika saya sudah jodoh, siapa tahu bukan? Tapi tentang perkara ini, saya serah pada Allah SWT. Buat masa sekarang, apa yang saya boleh katakan, saya mahu fokus pada keluarga.”

Berkenaan dengan soal jodoh, Da’i Syed menjelaskan bahawa kini dia lebih fokus kepada keluarganya dahulu bagaimanapun tidak menafikan bahawa dirinya juga akan berkahwin suatu hari nanti.

 

Baca : “Kenapa tak pandang kamera?” – Netizen Persoal Cara Da’i Syed Bercakap Tak Pandang Kamera, Rupanya Pernah Terkena Sihir?

Cats 82

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.