in

“Buat kerja tak payah sembang mambang” – Rakyat Setuju Pencemar Alam Sekitar Patut Tanggung Kos Pemulihan

Feat Image Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini isu air di Selangor masih lagi belum selesai. Ada saja puncanya, paip bocor, baikpulih, dan baru -baru ni pencemaran air sungai. Kesannya seramai 1.2 juta penduduk terputus bekalan air hingga menganggu tugasan harian mereka.


 

Benda ni buka baru tau  

Tahun lepas pencemaran di Sungai Kim Kim sehingga memberi kesan kepada 6,000 penduduk dan sekolah-sekolah disekitarnya sampai kena tutup.

Air Mg

Lain pula di Selangor apabila dilaporkan isu air ini sudah mula ‘bertapak’ di negeri ini Sejak 2008 ;agi. Bayangkan daripada  83,729 krisis air di Malaysia, 50 peratus daripadanya adalah gangguan di Selangor. Lama betul masalah air di Selangor ini. 

Menurut laporan Berita Harian punca utama krisis air ni pencemaran sumber air oleh kilang-kilang berdekatan.

 

Ini yang menimbulkan kemarahan penduduk. Dah la kerap, baru- baru ni hampir sampai satu Selangor dah tak ada air. 

Dengan kompaun sebanyak RM60,000, nilai itu dilihat tak cukup untuk mengajar kilang-kilang komersial ini supaya beroperasi dengan lebih baik dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Undang-undang sedia pon dah letakkan denda maksimum RM100,000, namun pencemaran masih lagi berlaku.

Dalam akta juga telah tekankan masalah ni, contohnya Akta Kualiti Persekitaran 1974 telah memperuntukkan denda sebanyak RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala Seksyen 79 Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dah peruntukan denda dengan nilai yang sama, atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pencemaran sumber air namun masalah air Selangor tidak juga menunjukkan sebarang perubahan..degil betul!

Sampah Bh

Namun nilai denda bukan merupakan isu besar kerana syarikat yang menjadi punca pencemaran didapati telah melakukan kesilapan yang sama tahun ini, dan mula beroperasi sejak Jun lalu – Lapor Harian Metro

Kesan daripada krisis air juga, menyebabkan rakyat terpaksa berbelanja lebih dengan membeli air minuman bagi menampung keperluan harian. Rakyat tidak seharusnya menanggung kesilapan yang dilakukan oleh orang yang mengaut keuntungan. Oleh kerana air adalah hak asasi seluruh manusia, adalah hak rakyat untuk mendapat bekalan air yang bersih dan selamat.

Jadi bila pencemar alam yang seronok yang terlalu mengaut keuntungan ni patut di ajar supaya mereka sedar akhirnya tanpa sumber yang air bersih, segala keuntungan yang mereka dapat tak kan ada nilainya.

 

Baca: “Kilang mana yg buat ni?”; Buang Sisa Toksik Dalam Aliran Air, Netizen Geram Dengan Kilang Tak Bertanggungjawab Ini

Feat Air 1

Sumber: Berit Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.