Pempengaruh dan usahawan Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman atau lebih dikenali sebagai Prince Syed berharap segala kemelut yang melibatkan dirinya dan keluarga mentua dapat diselesaikan secara baik.
Difahamkan, Prince Syed, 33, hadir ke mahkamah untuk melihat sendiri perjalanan kes yang membabitkan ibu bapa mentuanya, Aminah Haniffa, 55, dan Ishak Saif, 59, serta iparnya Muhammad Ikhwan Alif.
Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Prince Syed dalam kejadian yang berlaku pada 2 November lalu.
“Saya nak semua jadi kembali jernih semula, dalam dunia ini kalau buat kejahatan, azab dunia pedih, macam mana pula di alam sana.
“Kalau boleh (kita) perbetulkan,” katanya selepas hadir mengikuti prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret hari ini.
Artikel berkaitan: Ibu Bapa Mentua & Adik Ipar Tak Mengaku Bersalah Cederakan Prince Syed
Artikel berkaitan: Kakak Maklum Prince Syed Shahid Pula Masuk Hospital, Isteri Sudah Keluar Wad
Prince Syed turut ditemani isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 27, kakaknya Syarifah Nur Syafiqah, dan peguam pemerhati, Navin Punj.

Jelas Prince Syed, dia mahu menjernihkan keadaan dan menegaskan bahawa perkara melibatkan perselisihan keluarga tidak wajar dipanjangkan.
“Alhamdulillah, pada saya semuanya, berjalan lancar. Doakan kami, saya isteri dan keluarga kedua belah pihak.
“Satu saja, kalau boleh jernihkan, kita jernihkan. Dunia ini (kita) tak hidup lama, benda gaduh atau perselisihan faham tak perlu dalam kekeluargaan,” katanya.
Dalam pada itu, Prince Syed enggan mengulas lanjut mengenai prosiding membabitkan keluarga mentuanya kerana mahu menghormati mahkamah.
Dia turut berharap apa yang berlaku menjadi titik tolak untuknya bermuhasabah dan memperbetulkan diri.
Sumber: Harian Metro
