in

Buat Content Didakwa Ejek Kaum India, Influencer Kena Bash Teruk Dengan Netizen

ft influencer dikecam 1

Tindakan pempengaruh membuat satu kandungan untuk mempromosikan satu jenama kesihatan telah mengundang kecaman orang ramai kerana dianggap tidak menjaga sensitiviti sesuatu kaum.

Dalam video itu dilihat ramai netizen di pelbagai platform media sosial menzahirkan rasa geram dan marah atas tindakan pempengaruh tersebut. Bukan itu sahaja, ada netizen mendakwa komen kecaman telah dipadamkan dari media sosial miliknya sebelum video tersebut diturunkan.

Artikel Berkaitan : Pempengaruh Indonesia Baca Bismillah Sebelum Jamah Kulit Babi Dipenjara Sebab Persenda Islam

Artikel Berkaitan : “Obses sangat nak halalkan benda haram” – Minum Soju Halal, Influencer Dikecam Tak Cakna Isu Agama

Dalam video tersebut, pempengaruh itu menggunakan konsep lakonan dalam satu situasi di mana dia sedang membeli barang. Dia telah melakonkan watak orang India dengan memakai ‘Pagdi’ sambil bertutur menggunakan slanga India dan menggoyangkan kepala.

Kelihatan juga satu babak di mana watak pekerja India itu, menconteng dahinya dengan warna merah untuk membuat bindi dan menggunakannya untuk mengimbas barang-barang yang dibelinya sambil menggoyang kepala.

Boleh tengok video di sini

Screenshot 2023 10 27 165503 Screenshot 2023 10 27 165555

Ramai netizen mempertikaikan proses ketika menyiapkan video dari peringkat sebelum, semasa dan selepas pembikinan video ini. Bagi mereka, ia agak mustahil jika tiada pihak yang ambil cakna mengenai hal yang begitu sensitif ini.

Malah ada juga yang marah kerana penggunaan Bindi ini ada kaitan dengan keagamaan, namun dijadikan bahan gurauan.

Screenshot 2023 10 27 165931 Screenshot 2023 10 27 165950 Screenshot 2023 10 27 170018 Screenshot 2023 10 27 170056 Screenshot 2023 10 27 170148

Susulan dengan isu ini, pihak jenama tersebut, Big Pharmacy hari ini ada membuat permohonan maaf dan akui kekhilafan daripada pihak mereka sendiri.

F9bO3 rbgAAm 0m

Diharap pihak yang terlibat lepas ini lebih peka dalam membuat sebarang kandungan dan dijadikan pengajaran buat golongan pempengaruh untuk menjaga batas dalam memberikan idea jika ingin berkarya untuk kandungan mereka sendiri.

Sumber: X

Sumber: BFM