in

Buat Comeback Lepas 20 Tahun Tak Buat Konsert Solo, Tokti Tunjuk Taring Sebenar!

Ctdk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza kan. Buah hati rakyat Malaysia yang lebih mesra dengan panggilan ‘Tokti’ baru je selesai buat konsert di Axiata Arena malam tadi. Tiket sold out! 


Yang paling best pasal konsert ni ialah, Tokti buat comeback konsert solo lepas 20 tahun di pentas yang sama. Yes, comeback is real!

Kembali Selepas 20 Tahun

Konsert pertama saya diadakan pada 1999, 20 tahun lalu, di lokasi yang sama. Ketika itu saya berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun, saya berimpian untuk mengadakan konsert pertama…”

Tokti masih menyegat dan masih steady, ketika menyanyikan lagu-lagu popular beliau dalam konsert selama 2 jam itu. Suara memang maintain sedap dari dulu sampai sekarang.

41552792867 Siti
Sumber: astro awani

Lagu untuk opening yang bertemakan Irama Malaysia, jadi macam tribute khas Tokti untuk Allahyarham Pak Ngah yang banyak gilap bakatnya dari awal dulu. Antaranya, Badarsila, Nirmala, Balqis, Hati Kama dan lagu paling legend dan ‘berhantu’; Cindai.

Tokti pun ada nyanyi lagu-lagu popular yang lain Siti Situ Sana Sini, Jerat Percintaan, Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Comel Pipi Merah dan banyak lagi.

Tak Lupa Mangsa Tragedi Walaupun Tengah Berhibur

Tokti ada ambil masa sekejap untuk bertafakur mengenangkan mangsa-mangsa keracunan sisa toksik dan tragedi berdarah di Christchurch.

Dalam keadaan sebak, Tokti ajak semua peminatnya yang hadir untuk mengenang semua mangsa yang terkorban di New Zealand dan anak-anak seni tempatan yang meninggal baru-baru ini. Massive respect!

71552790343 Freesize
Sumber: astro awani

Dengan berakhirnya konsert di Axiata Arena malam tadi, lengkaplah siri jelajah Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour 2019 yang sebelum ini berlangsung di Jakarta dan Singapura. Harap Tokti akan buat konsert solo lagi di masa depan.

 

Baca: “Ulang 5 kali 5 kali nangis” Video Kejutan Tokti Kepada Peminat Hidap Sakit Polio Buat Netizen Menitiskan Air Mata 

Screen Shot 2019 03 17 At 6.14.14 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.