in

“Buat apa nak meratapi lelaki… ada masalah lari rumah” – Komen Adik Dr Fie

adik dr fie nubhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ini, apa-apa perkongsian yang dimuat naik penyanyi Nubhan serta isterinya, Dr Afifah Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Dalam perkongsian terbaharu Dr Fie di laman Threads, dia memuat naik foto bersama salah seorang anaknya yang sedang membaca sebuah buku.


Menerusi ruangan kapsyen, Dr Fie mengingatkan bahawa setiap tindakan dan penulisan ibu bapa memberi impak kepada anak-anak.

“Tulis yang baik-baik, doa yang baik-baik. Ibu bapa cerminan buat anak-anak,” tulisnya.

Hantaran itu mendapat respon orang ramai yang memberi kata-kata semangat kepadanya dalam mengharungi ujian rumah tangga.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Nubhan Bawa Anak ‘Lepas Rindu’ Dekat Bibik, Ini Respon Dr Afifah

Artikel berkaitan: “Nak jaga emosi anak, jadi saya keluar rumah” – Nubhan Buka Mulut Isu Ada Rumah Lain Yang Tidak Diketahui Isteri

Bagaimanapun, salah satu komen yang dipercayai adik kepada Dr Fie iaitu Zaim Tawfek turut mencuri tumpuan ramai.

Menerusi komen yang ditinggalkan, Zaim mengingatkan Dr Fie supaya tidak lagi bersedih dengan tindakan suaminya itu.

“Buat apa nak meratapi lelaki p*ndan. Ada masalah lari rumah. Rupanya lari nak duduk dengan bibik,” tulisnya.

Screenshot 2025 11 07 153826

Komen yang ditinggalkan itu juga mendapat tanda suka daripada Dr Fie. Menerusi semakan Lobak Merah, Zaim juga meninggalkan komen yang sama di beberapa hantaran pengguna Threads lain yang bersuara mengenai isu antara Nubhan dan isterinya.

Terdahulu, nama Nubhan kembali menjadi bualan hangat selepas dia memuat naik video membawa ketiga anak-anaknya bertemu dengan pembantu rumah. Video terbabit turut meraih perhatian isterinya yang mempersoalkan tindakan suaminya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Untuk info, kes pengesahan lafaz cerai pasangan ini ditangguhkan ke 2 Disember depan.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.