Sebagai pejalan kaki, kita sememangnya perlu peka dengan persekitaran ketika berjalan di tepi jalan kerana kalau leka main phone, alamatnya ada yang kena langgar nanti.
Namun, susah juga kalau kita je yang berhati-hati tapi pengguna jalan raya lain pula tak endah pun dengan peraturan jalan raya.
Itulah yang berlaku kepada seorang individu ini dalam sebuah video yang dikongsikan di Twitter baru-baru ini.
https://twitter.com/crazyclipsonly/status/1687049419890298880
Dalam video yang berdurasi selama 13 saat itu, dapat dilihat individu yang merakam video itu menghadapi kesukaran untuk melintas jalan walaupun kawasan itu mempunyai lintasan pejalan kaki bewarna kuning.
Selain itu, lampu isyarat pejalan kaki juga telah bertukar hijau pada ketika itu namun dia tetap tidak dapat melintas gara-gara pemandu kereta dan penunggang motosikal yang tidak berhenti di lampu isyarat tersebut untuk memberi laluan kepada pejalan kaki.
Susulan perkongsian video itu, ada netizen yang berpendapat buat apa letak lampu isyarat kalau pengguna jalan raya di situ memang tidak endah dengan traffic light terbabit.
Namun, ada juga warganet lain yang mengatakan bahawa video tersebut ialah video lama kerana sekarang, polis trafik memang ada di setiap ceruk Kuala Lumpur.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang berseloroh bahawa jika nak lintas jalan di Malaysia, pejalan kaki perlu mengangkat tangan terlebih dahulu, barulah pemandu kenderaan akan memberi laluan.
Memang seram nak lintas jalan kalau kereta dan motosikal dipandu laju macam ni kan.
Sumber: Twitter @crazyclipsonly
Baca: Ramai Pelik Tengok Ada Orang Main Ski Atas Jalan Raya Di Hartamas, Rupanya…