in

“Buang duit rakyat dan duit kerajaan” – Bung Mokhtar Cadang Tembak Pengedar Dadah Dan Bubar AADK

Wss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak rupanya perkara yang nak diperkatakan oleh ahli Parlimen Kinabatangan ini. Terdahulu, kecoh satu Malaysia kisah Bung Mokhtar mendedahkan bahawa alat sulitnya pernah diraba sewaktu melalui bahagian keselamatan lapangan terbang. Oleh sebab itu, Bung mahu pihak berwajib tampil dengan perkhidmatan lebih berkualiti demi kepentingan semua.


Terbaru, Bung mengejutkan ahli Dewan Rakyat apabila memberikan satu cadangan yang menurutnya bernas demi kepentingan negara, lapor Berita Harian. Menyentuh isu pembanterasan dadah, beliau mencadangkan kerajaan meniru pendekatan Filipina dengan menembak pengedar dadah. Hah?

1 5
sumber: berita harian

“Kenapa kita tidak boleh ikut cara Filipina? Kenapa tidak boleh? Mana-mana penagih dadah, kita penjara without trial. Mana-mana pengedar (dadah), tembak dia.”

Dalam kenyataannya, Bung meminta pihak berkuasa untuk menahan penagih dadah tanpa bicara dan begitu yakin bahawa saranannya adalah yang terbaik demi kepentingan negara dalam menangani isu dadah yang semakin hari semakin meningkat.

“Masalah dadah ini, negara kita sudah menjadi seperti pusat pengeluaran dadah. Di Filipina apabila Duterte (Presiden Rodrigo) masuk, sekarang Filipina boleh dikatakan sebagai zero dadah,” kata ahli parlimen tersebut merujuk kepada usaha Presiden Filipina membanteras dadah di negara tersebut.

Q4 1
sumber: al jazeera

Bung juga mendakwa bahawa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal berperanan menangani masalah dadah di Malaysia. Amboi, sedap mulut dia je.

“Saya lihat AADK gagal menjalankan amanahnya kerana makin tahun, makin hari, semakin banyak kes dadah. Saya cadang AADK ini dibubarkan sahaja. Buang duit rakyat dan duit kerajaan. Kaunseling juga tidak berkesan. Rakyat menunggu hasilnya tetapi tidak ada hasil.”

Berhubung dengan cadangan agresif yang disuarakan oleh Bung, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed tampil memberikan kenyataan dan mengulas isu tersebut ketika menggulung Rang Undang-undang Pembekalan 2018 di Dewan Rakyat semalam.

Q3 1
sumber: daily mail 

“Kita tak perlu mengikut mereka (Filipina) kerana ini akan mendatangkan banyak implikasi dan tekanan daripada pihak luar seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),” kata Jazlan.

Selain itu, Jazlan juga menyatakan bahawa kerajaan tidak bercadang membenarkan pegawai penguatkuasa undang-undang menembak pengedar dadah seperti yang berlaku di Filipina dalam usaha menangani masalah narkotik dan penagihan dadah di negara ini.

Kalau memang ada hukuman tembak pengedar dadah ni, agak-agak berkurang ke kes dadah di Malaysia ni? Apa pendapat korang?

Baca: “Saya sudah banyak kali kena raba…kadang-kadang benda sulit kita pun diraba” – Bung Mokhtar

Bung 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.