Penyanyi terkenal antarabangsa, Britney Spears mendedahkan pengalaman paling perit yang dia dah pendam selama 20 tahun.
Dia mendedahkan rasa sakit itu dalam memoir terbaru yang akan datang, The Woman in Me di mana semasa dia bercinta dengan penyanyi pop Justin Timberlake, dia pernah mengandungkan anak penyanyi itu tetapi terpaksa digugurkan, lapor sumber.
Artikel Berkaitan : “Saya hidup dalam kepura-puraan”- Britney Spears Dipaksa Guna Alat Pencegah Kehamilan, Mahu Hidup Bebas Tanpa Dikawal Ayah
Artikel Berkaitan : ‘River Red’ Bukan Satu Kod Rahsia, Saya Selamat Di Rumah – Britney Spears
“Ia adalah satu kejutan, tetapi bagi saya, ia bukan satu tragedi. Saya sangat menyayangi Justin. Saya sentiasa mengharapkan kami mempunyai keluarga bersama satu hari nanti.
“Dalam fikiran saya, hasrat saya akan menjadi lebih awal daripada yang saya jangkakan. Tetapi Justin tidak gembira dengan kehamilan itu. Dia berkata kami tidak bersedia untuk mempunyai bayi dalam hidup kami dengan mengatakan bahawa kami terlalu muda,” kata Spears.
Bagaimanapun, portal People menjelaskan bahawa pihak Justin Timberlake tidak memberikan sebarang respon berkenaan dengan isu ini.
Dalam buku itu juga turut mengatakan,
“Jika saya yang kena tanggung sorang-sorang, saya tidak akan melakukannya. Namun Justin tetap dengan pendiriannya bahawa dia tidak mahu menjadi seorang bapa.”
Disebabkan itu, Britney Spears terpaksa menggugurkan kandungannya itu. Tulisnya lagi,
“Sehingga hari ini, ia adalah salah satu perkara yang paling menyakitkan yang pernah saya alami dalam hidup saya.”
Buku memoir Britney Spears yang berjudul The Woman In Me bakal diterbitkan pada 24 Oktober ini. Memoir itu disiapkan selama hampir dua tahun selepas Spears dibebaskan daripada konservator yang diperintahkan mahkamah selepas ‘mengikat dirinya’ selama 13 tahun.
Konservator itu bagaimanapun telah ditamatkan pada November 2021 selepas Spears memberikan keterangan awam yang meyakinkan pihak mahkamah pada Jun 2021.
Disebabkan berita ini, para peminat Britney Spears membuat spekulasi mengatakan bahawa lagu hit yang berjudul Everytime itu ada berkisar tentang situasi gugurkan anak ini.
Sebagai rekod, Britney Spears dan Justin Timberlake pernah menjalinkan hubungan cinta bersama, namun berpisah pada tahun 2002 sebelum berkahwin dengan penarinya sendiri, Kevin Federline dan mempunyai 2 orang anak lelaki iaitu Sean Preston, 28 dan Jayden James, 17.
Sumber: People & New York Post