in

“Bravo!” – Effort Petugas PPV Belajar Bahasa Urdu Dipuji, Nasihat Sukarelawan Lain Jangan Marah Warga Asing

Doktor Pandai Cakap Urdu Untuk Komunikasi Dengan Pesakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ia bukan satu perkara yang mudah untuk menguruskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berdepan dengan warga asing, tambahan pula jika mereka tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu ataupun English.


Namun usaha yang diambil seorang petugas PPV ini telah mendapat pujian ramai selepas dia sanggup belajar Bahasa Urdu demi untuk memudahkannya berkomunikasi dengan warga Bangladesh dan Pakistan yang datang menerima suntikan vaksin.

Menerusi perkongsian @ainsyawani di Twitter, dia telah mempamerkan kebolehannya bertutur dalam Urdu dan berkomunikasi dengan warga asing yang datang ke PPV Bukit Jalil.

Walaupun tidak banyak kata yang dia pelajari, namun apa yang dituturkannya masih boleh difahami warga terbabit. Wow hebatlah! 

 

“Regardless siapa pun diorang, treat them nicely” 

Menurut Ain, tujuan dia mempelajar bahasa tersebut ialah untuk memudahkan kerjanya di sana dan sekaligus dia juga berasa tenang dalam melakukan tugas.

Namun dia juga sempat berpesan buat para sukarelawan di mana-mana PPV untuk sentiasa melayan sesiapa saja yang datang ke PPV dengan baik dan jangan bercakap kasar dengan mereka.

Meskipun kita tak memahami apa yang mereka cakapkan, kita juga perlu meletakkan diri kita di tempat mereka yang sama keliru macam kita. Menurutnya lagi, jika kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan kerja kita. Betul tu! 

Tadi ada Bangladeshi menggigil. Bila tanya kenapa, Katanya dia takut kena marah lagi. Seriously you guys?

“Jangan lah macam tu. Kita jumpa banyak orang sehari, takkan you nak stress whole day sebab diaorang? Enjoy your job & self reflection okay,” tulisnya lagi.

 

“Bravo! That’s the right spirit” 

Video yang dipaparkan Ain telah mendapat komen positif netizen yang rata-rata memuji effort yang diberikannya dalam melakukan tugas.

Malah Ain juga telah mendapat pujian daripada Dr Jemilah Mahmood selaku Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri. Waaaa! 

Komen Pandai Cakap Urdu

Semoga terus bersemangat untuk bertugas dalam memberikan vaksin ye! 

Baca: “Bukan nak capai herd imuniti, ni capai kluster pusat vaksin” – [Video] Orang Ramai Bersesak Depan PPV Tanpa Jaga Jarak

Imuniti

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.