Kanak-kanak genius memang sangat jarang ditemui dan biasanya mereka mempunyai kelebihan yang luar biasa di dalam sesuatu bidang dan disebabkan ini dorang biasanya belajar dengan orang-orang yang lebih berusia.
Disebabkan ini, mereka biasanya tak mempunyai ramai kawan di tempat belajar dan tak ada rakan sebaya serta terpaksa mengharungi kehidupan seperti orang dewasa sebelum mereka bersedia dari segi mental. Jadi memang tak hairan kalau ada kanak-kanak yang mempunyai kepintaran luar biasa ini mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri.
Artikel berkaitan: “Genius sejak kecil” – SpaceX Lantik Jurutera Perisian Berusia 14 Tahun
Artikel berkaitan: Genius Dunia Perfileman! 7 Filem Arahan Christopher Nolan Terbaik Sepanjang Zaman
Jadi pada artikel kali ini, kita akan ceritakan mengenai Brandeen Bremmer. Seorang kanak-kanak yang mempunyai IQ setinggi 178 dan telah belajar membaca dengan sendiri ketika usianya 18 bulan, boleh bermain piano pada usia 3 tahun dan memegang diploma di usia 10 tahun.
Namun begitu, Brandenn telah menamatkan riwayatnya ketika dia berusia 14 tahun. Kalau korang nak tahu kenapa dia bertindak sedemikian, baca kisahnya di bawah ni!
Siapa Brandenn Bremmer?
Brandenn dilahirkan pada 8 Disember 1990 di Nebraska. Ketika dia dilahirkan, untuk beberapa ketika doktor-doktor di sana gagal mencari nadinya. Ibunya, Patti Bremmer menganggap insiden ini sebagai petanda bahawa anaknya itu seorang yang istimewa.
Semuanya memang berbeza sejak dari dulu lagi. Ianya seperti anak saya mati dan malaikat telah menggantikan tempatnya.”
Telahan Patti benar, Brandenn memang seorang yang istimewa. Dia telah mengajar dirinya sendiri untuk membaca di usia 18 bulan. Ketika dia berusia tiga tahun, dia dah tahu cara nak bermain piano dan selepas masuk ke tadika, Brandenn membuat keputusan untuk tak mahu meneruskannya.
Disebabkan ini, Brandenn telah disekolahkan di rumah dan menghabiskan sekolah rendah dan sekolah menengahnya hanya dalam masa tujuh bulan sahaja.
Patti dan suaminya Martin sentiasa memberikan perhatian mereka kepada anak istimewa ini namun kebanyakan masa mereka biarkan Brandenn membuat keputusannya sendiri.
Kami tak pernah paksa Brandenn. Dia buat pilihannya sendiri. Dia belajar membaca dengan sendiri.”
Ketika dia berusia enam tahun, Brandenn mula menghadiri beberapa kelas di Universiti Nebraska-Lincoln. Dia telah menjadi orang termuda yang tamatkan pelajaran di usia 10 tahun.
Bekas pengetua universiti tersebut, Jim Schiefelbein sangat mengingati Brandenn. Katanya, kanak-kanak tersebut sangat gemar dengan Harry Potter sehinggakan dia bergaya seperti karakter kesukaannya itu untuk gambar graduasinya. Jim juga masih ingat Brandenn telah bermain dengan kanak-kanak lain selepas dia memberikan temubual bersama media di majlis graduasi.
Menurut ibunya, Brandenn boleh bercakap dengan sesiapa sahaja, sama ada bayi mahu pun orang yang berusia 90 tahun.
Cita-cita Brandenn Bremmer
Brandenn mempunyai minat yang mendalam terhadap dua benda iaitu muzik dan biologi. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang pakar bius, tapi pada masa yang sama gemar mencipta lagu.
Ketika dia berusia 11 tahun, Brandenn telah mendaftar di Universti Colorado untuk belajar cara untuk bermain piano dengan lebih baik. Pada tahun 2004, kanak-kanak ini telah mencipta album pertamanya yang diberi nama Elements dan membuat persembahan di seluruh Nebraska dan Colorado untuk promosikannya.
Brandenn telah mencipta namanya di dalam kampus dan diluar. Seorang profesor muzik telah memperkenalkan dia dengan seorang pengajar fizik Brian Jones yang sedang membuat projek fizik bersama murid-murid sekolah.
Brandenn kemudiannya telah mengambil kelas biologi di sebuah kolej di Nebraska dan mempunyai rencana untuk menghadiri Universiti Nebraska dan menghabiskan pelajarannya di usia 21 tahun sebelum menjadi pakar bius.
Karakter Brandenn Bremmer
Semua yang pernah bertemu dan bercakap dengan Brandenn mempunyai kata-kata yang baik untuknya.
Salah seorang profesornya, David Wohl mengatakan yang kali terakhir dia melihat Brandenn adalah pada Disember 2004.
Dia bukan sahaja berbakat, dia juga merupakan seorang yang sangat baik.”
Profesor lain menggambarkan Brandenn sebagai seorang yang pendiam tapi bukan seorang yang suka mengasingkan diri.
Manakala keluarga dan rakannya berkata bahawa Brandenn seorang yang senang diajak bercakap dan sering tersenyum. Dia dilihat sebagai remaja yang biasa tapi boleh nampak ada sesuatu yang istimewa tentang dirinya.
Bunuh diri di usia 14 tahun
Pada 16 Mac 2005, Brandenn telah membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri di kepala ketika dia berusia 14 tahun. Ibu bapa remaja ini telah menemui dia tak bernyawa selepas pulang dari kedai dan terus memanggil syerif yang kemudiannya mengatakan bahawa Brandenn mati bunuh diri walaupun tak meninggalkan apa-apa nota terakhir.
Kejadian ini telah menyebabkan banyak spekulasi dari pelbagai pihak lebih-lebih lagi apabila Patti yang sedang bersedih mengatakan bahawa dia rasa bersyukur apabila mengetahui bahawa organ anaknya ini akan didermakan. Dia percaya ini merupakan sebab kenapa anaknya ini membunuh diri.
Dia sentiasa seperti ini, kami percaya dia boleh tahu apa yang orang perlukan. Dia pergi untuk selamatkan orang lain.”
Brandenn dikatakan sering bercakap mengenai keinginannya untuk mendermakan organnya tapi tak pernah menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mengalami kemurungan atau bercakap tentang keinginan untuk membunuh diri sebelum ini.
Malah, Brandenn telah membuat rancangan dengan rakan-rakannya dan dalam persiapan untuk mengeluarkan album keduanya. Dia juga sangat teruja untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang pakar bius.
Jadi kenapa dia bunuh diri kalau Patti memang percaya bahawa anaknya ini tidak tertekan?
Brandenn tak tertekan. Dia seorang yang ceria. Tak ada perubahan pelik dengan perangainya.”
Ibu bapa remaja ini juga telah cuba mencari nota atau apa-apa tanda yang boleh menerangkan kenapa anaknya membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya kerana dia tahu ia bukan satu kemalangan kerana Brandenn tahu keselamatan ketika memegang pistol dan perangainya juga tidak berubah.
Namun begitu, tak semua setuju dengan kenyataan ibu bapa Brandenn. Menurut rakan-rakan rapatnya, Brandenn mengaku yang dia tertekan beberapa bulan sebelum kematiannya.
Menurut salah seorang rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai ‘K’, Brandenn telah menghantar e-mel balasan apabila ditanya apa yang dia buat ketika menyambut Krismas bersama keluarganya.
Tak ada buat apa sangat pun sebagai satu keluarga. Selalunya macam tu lah dekat sini. Kita memang rapat sebagai satu keluarga tapi kita tak luang masa bersama sangat.”
Brandenn turut menghantar e-mel kepada K sebagai tanda terima kasihnya atas hadiah Krismas yang diberikan oleh rakannya itu dengan berkata:
Timing hadiah ni memang sangat tepat. Beberapa minggu lepas saya memang sangat-sangat tertekan dan hadiah ni memang apa yang saya perlukan. Terima kasih.”
Disebabkan ini, K telah membalas e-mel tersebut menyatakan kebimbangannya dengan tahap mental Brandenn dan meminta agar lelaki tersebut memberitahu tentang masalah yang mengganggunya. Brandenn membalas:
Terima kasih, saya tak tahu kenapa saya sangat tertekan. Sebelum ni saya memang tertekan tapi tak selalu. Sekarang rasa tertekan ni sentiasa ada sampaikan saya tertanya-tanya “Apa sebab untuk terus hidup?”.
Saya tak tahulah. Mungkin sebab saya tak luang banyak masa dengan kawan-kawan yang baik seperti awak.”
Brandenn dikatakan sering meluahkan kekecewaannya kerana tinggal di tempat terpencil. Katanya dia hanya bercakap dengan ahli keluarga terdekatnya dan merasakan orang lain di sana “bodoh”.
Walaupun ibunya menganggap anaknya ini mengambil nyawanya supaya orang lain dapat hidup, rakan-rakan Brandenn merasakan dia seorang yang terasing dan sunyi. Dia tak mempunyai keluarga yang dia mahukan dan perasaan tertekannya menjadi bertambah buruk.
Tak cukup dengan itu, rakan-rakannya merasakan kerana dia tak mempunyai ramai kawan, dia rasa yang dia tak ada tempat untuk meluah perasaan,
Sumber: Learning Mind