in

Brader Luang Masa Kutip Sampah Sebab Rimas Tengok Kawasan Awam Kotor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir di mana-mana lokasi sekitar ibu negara, kita boleh lihat sebenarnya banyak tong sampah disediakan untuk memudahkan orang ramai membuang sampah di tempat yang sepatutnya.


Namun walau kemudahan itu telah disediakan, masih juga ada segelintir individu yang ‘tak makan saman’ lebih gemar membuang sampah merata-rata hingga menjadi ‘eyesore’ dalam kalangan pengunjung dan orang ramai. Lebih memalukan, ia berlaku di kawasan tumpuan umum.

Tak tahan dan rimas melihat laluan yang dikotori sampah dan plastik makanan, seorang lelaki sanggup meluangkan masa membersihkan kawasan tersebut. Perkara itu dikongsikan @ruud_irwan dalam laman Twitternya.

Kalau dilihat pada gambar, lokasi tersebut adalah di Pintasan Saloma. Bukannya tiada langsung tong sampah disediakan, tapi pelik ada yang suka membuang sampah sesuka hati mereka di laluan tersebut.

Dan perkara ini pun pernah dihighlightkan dalam laporan media sebelum ini, mengenai mentaliti rakyat Malaysia yang tidak menjaga kebersihan. Mana tidaknya, tidak sampai seminggu dibuka — habis kotor Pintasan Saloma itu dicemari sampah sarap.

Apa pun, tindakan brader ini wajar dipuji dan dijadikan contoh — rakyat Malaysia perlu dipupuk nilai dan sikap cintakan kebersihan walau di mana saja mereka berada.

 

Baca: “Bangga mak pak dia ni” – Remaja Sambut ‘Hari Jadi’ Dengan Kutip Sampah Selama 23 Hari Dia Area Lembah Klang!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.