in

“Baru berapa hari dah buat jahanam”- Netizen Bengang Tengok Saloma Link Dah Kotor, Padahal Baru Je Dibuka

Kotor Saloma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pintasan Saloma (Saloma Link) telah dibuka untuk laluan orang ramai pada 5 Februari lepas. Dengan jarak 370 meter, orang ramai yang mahu ke KLCC dari Kampung Baru hanya akan mengambil masa 15 minit!


Jejantas ini dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang. Lebih menarik, pada waktu malam Saloma Link ini dihiasi lampu-lampu LED yang bertukar warna.

Saloma7
sumber: blog
Saloma2
sumber: twitter

 

Macam mana nak pergi?

Bagi yang tidak tahu dari mana dan macam mana nak pergi ke Saloma Link, ini maklumat untuk korang!

  • Dari Kampung Baru: Naik jejantas melalui Lorong Raja Muda Musa 3, hanya 100 meter dari LRT Kg Baru
  • Dari KLCC: Naik jejantas melalui Jalan Saloma, bersebelahan dengan menara Public Bank
Saloma6
sumber: blog

 

Baru berapa hari, dah kotor!

Memang semua orang seronok dan excited bila Saloma Link dibuka kepada umum. Sejak 5 Februari lagi ramai orang dilihat datang dan memenuhi ruang jejantas terutamanya pada waktu malam untuk tengok sendiri keindahan rekabentuk unik yang diilhamkan dari sirih junjung.

Tapi sangat menyedihkan sebab baru je beberapa hari dibuka, jejantas itu dah dikotori oleh pengunjung! Melalui posting viral di Twitter, netizen meluahkan rasa kurang senang mereka dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih di takuk ‘third class mentality’.

Baru berapa hari je buka, dah buat jahanam. And you wonder why aren’t we like European countries, haihhh ?”

Saloma4
sumber: twitter

 

“Dah agak dah akan jadi macam ni”

Netizen di Twitter luah rasa kesal dengan sikap segelintir rakyat kita yang masih tiada common sense dan mentality di tahap ketiga. Ada juga yang cadangkan supaya pihak berkenaan tugaskan pengawal keselamatan dia situ untuk pastikan orang ramai tak bawa makanan atau minuman.

Saloma Kotor
sumber: twitter

 

Orang ramai, boleh berlanggar dan terjatuh minuman/makanan

Biasalah bila benda baru dibuka mesti akan dipenuhi orang ramai yang nak tengok dan experience kan? Sebab itu tak mustahil benda macam ni boleh jadi. Tapi, netizen berpesan mungkin kita boleh elakkan daripada membawa minuman atau makanan ketika lalu Saloma Link ini.

Kita tak tahu kalau kita akan terlanggar dengan sesiapa memandangkan jejantas sesak dengan orang ramai. Jadi tak salah kalau kita ambil langkah berjaga-jaga, kan?

Saloma1

Saloma5
sumber: twitter

 

Jaga kebersihan, malu dengan pelancong

Memang seronok tengok Malaysia ada kemudahan sebegini apatah lagi ianya menjadi tarikan untuk pelancong dari seluruh dunia.

Tapi, setakat ada kemudahan namun kita tak jaga sebaiknya pun tak guna. Oleh itu, marilah kita sama-sama jaga kemudahan yang ada di Malaysia supaya ia kekal elok!

Saloma8
sumber: blog
Saloma9
sumber: instagram

 

Baca: “Mentaliti rakyat Malaysia, sampah”- 9 Tan Sampah ‘Bersepah’ Pada Malam Tahun Baharu 2020 di Ibu Kota

Featured 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.