in

“Bangga mak pak dia ni”- Remaja Sambut ‘Hari Jadi’ Dengan Kutip Sampah Selama 23 Hari Dia Area Lembah Klang!

Featured Image 15 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kelaziman, jika nak meraikan hari jadi mesti akan buat party secara kecil-kecilan tetapi masih ada juga yang raikan dengan hanya sepotong kek. Bagi kita itu adalah perkara yang biasa bukan?


Berbeza bagi Hazmi Nabil, dia menyambut hari jadinya dengan mengutip sampah di area Lembah Klang.

Menerusi perkongsian di Twitter, dia nekad utuk menjalankan aktiviti tersebut selama 23 hari! Lamanya, tapi perkara yang baikkan saya support.

Tengoklah hari pertama sahaja 3 plastic bag dia dapat, mungkin baginya kerja seperti ini dapat memuaskan dirinya. Siapa je tak suka kalau kawasan kita bersih betul tak?

Seperti yang dijanjikan, hari berikutnya dia masih lagi menjalankan tugas ini. Menurutnya, kebanyakkan sampah yang dia jumpa ketika itu adalah mercun.

Difahamkan, usahanya masih berjalan hingga ke hari ini, dalam masa yang sama dia harap agar semua netizen doakan agar dia berjaya laksanakan tugas ini selama 23 hari.

Kutip1

Selain daripada ucapan hari jadi, netizen turut mendoakan urusannya malah ada yang menjadikan dia sebagai contoh teladan untuk rakyat hari ini.

All the best bro!

Kutip2

Semoga dipermudahkan urusan

Kutip3

 

Baca: “Org mcm ni kita patut support” – OKU Cerebral Palsy Meniaga Online Dapat Pujian Netizen

Annotation 2020 05 28 105155

 

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.