in

Bosan Di Rumah? Jom Lawat Taman Persahabatan Selangor-Jepun Di Shah Alam

Feature 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan sesetengah rakyat Malaysia gemar melancong ke Jepun, tak hairanlah kalau ada yang tengah menahan rindu untuk kembali ke negara matahari terbit tu lepas pandemik Covid-19 ni berakhir. Namun, jangan sedih sebab ada berita gembira untuk korang semua. 

Sebuah taman yang berkonsepkan Jepun telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai di Shah Alam pada 12 Mac lalu. Menurut Dato’ Haris Kasim iaitu Datuk Bandar, Taman Persahabatan Selangor-Jepun itu mula dibina pada tahun 2018 dan ia mempunyai keluasan sebanyak 2.428 hektar, lapor Selangor Kini.


Taman 1

Difahamkan, taman ni sebenarnya dah lama siap iaitu sekitar tahun lalu, tapi terpaksa ditangguhkan pembukaannya sebab Covid-19. Pembinaan taman ni pula telah menelan kos sebanyak RM3.8 juta.

Katanya, taman ni dibina sebagai tanda penghargaan memandangkan ada banyak kilang pembuatan Jepun yang dibina di Shah Alam. 

Taman 2

Menurut Remaja.my, taman ini telah direka oleh Sitelink Landscape Architects dan Laman Zen, Gerbang Torii dan Kolam Maze merupakan antara port cantik kat sini yang korang boleh ambil gambar. Mesti penuh gallery phone dengan gambar ala-ala kat Jepun. 

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2901316939929466&id=189722484422272

 

Terletak berdekatan dengan Dataran Kemerdekaan Shah Alam di Seksyen 14, taman ni dibuka dari pukul 10 pagi hingga 7 petang setiap hari.

Memang cantik taman ni, dengar kata siap ada laluan buluh macam dekat Arashiyama, Kyoto. Kalau nak tahu, kena lah datang dan tengok sendiri keindahan taman ni.

Yang paling best, masuk adalah percuma tapi ingat, dalam syok-syok bergambar tu, jangan lupa patuh SOP.

Baca: The Super Scary Labyrinth of Fear: Rumah Hantu Paling Seram di Jepun, Ramai Keluar Ikut Emergency Exit

Taman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.