in

“Boleh tambah income” – Penyewa Mahu Jual Rumah Sewa, Dakwa Tuan Rumah ‘Hilang’ Sejak 3 Tahun Lepas

Rumah Sewa Nak Jual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita kerap dengar kisah tuan rumah yang merungut dengan sikap penyewa yang pengotor, tidak membayar sewa dan membuat pelbagai lagi masalah hingga menyusahkan tuan rumah.

Namun kali ini lain pula ceritanya apabila ada seorang individu menggunakan identiti ‘anonymous’ yang merupakan seorang penyewa meminta pendapat daripada grup Facebook, Tukang Apa Hari Ini.


Mahu jual rumah sewa sebab tuan rumah ‘hilang’? 

Menurut individu tersebut di dalam postingnya, dia meminta pendapat tentang prosedur yang patut dia lakukan untuk menjual sebuah rumah yang disewanya.

Katanya lagi, dia sudah lama menyewa rumah berkenaan sejak dari awal perkahwinan sehinggalah sudah mempunyai anak.

Malah lebih pelik, pemilik rumah berkenaan sudah lama tidak muncul sejak tahun 2021 lagi dan itulah juga kali terakhir dia membayar sewa rumah tersebut.

F3Ajopgbkaas9Gf

Rumah ni dulu owner dia sorang takde anak isteri. Last bayar sewa 2021 sebab dia takde muncul-muncul. 

“Jadi duduk free sampai sekarang. Tu saya tanya macam mana prosedur jual atau boleh saya sewa balik pada orang lain sebab owner takde dah atau hilang,” katanya.

“Harta haram membawa ke neraka” 

Posting berkenaan ternyata mendapat pelbagai komen negatif netizen yang mengatakan bahawa ia haram bagi seseorang mendapatkan hasil keuntungan daripada sesuatu yang bukan haknya.

Malah ada juga berpendapat perkongsian tersebut sebagai ‘fake’ dan individu tersebut sengaja memuat naik pertanyaan itu untuk mendapatkan perhatian.

Haram

“Saya tanya cara nak jual sebab nampak peluang… boleh tambah income” 

Pun begitu, menerusi ruang komen pengguna ‘anonymous’ ini dilihat cuba menegakkan benang yang basah selepas menerima pelbagai kecaman netizen dengan menjelaskan sebab dia mahu menjual atau menyewakan rumah tersebut kepada orang lain.

Menurutnya, dia mahu menambah pendapatan sampingan untuk kegunaan keluarga buat masa ini.

F3Anbhqbsae8Nat

F3Anpataaaasd0J

Apa pendapat korang tentang isu ini? Buatnya kalau dia dah jual rumah tu, lepas tu tiba-tiba tuan rumah datang tuntut harta dia macam mana? Uish memang cari masalah betul! 

Baca: Tingkap Hanya Sebesar Saiz Tapak Tangan Namun Disewa Dengan Harga RM633 Sebulan

Tingkap

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.