“Boleh tak awak block tunang saya” – Insecure Punya Pasal, Wanita Ni Malu Sendiri Sebab…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bukan lah semua tapi certain perempuan yang insecure yang tak bertempat ada kalanya memang menyakitkan hati, lagi-lagi kalau dia pergi heret orang luar dalam kes dia ni.

Kes pengguna Twitter sorang ni sebenarnya dah banyak kali, cuma kali ni perempuan cemburu tak bertempat tu lain macam sikit. Tak pasal-pasal malu dengan diri sendiri.

 

“Boleh tak awak block dia. Dia tunang saya”

Macam biasa lah, si teman wanita minta tuan empunya akaun untuk block akaun tunang dia. Konon selama ni tunang dia tak pernah follow perempuan lain.

Siap tanya ada dm ke tak? Mungkin confuse punya pasal terus main tanya je orang tu.

Pelik dengan arahan wanita tu, tuan empunya badan ni pelik lah sebab tak ada angin tak ada ribut dia terus suruh block.

Mestilah nak tahu apa sebab yang munasabah, rupa-rupanya orang yang like dia punya tweet tu adalah tunang kepada wanita tu. Insecure ke sis?

Tapi tak pasal-pasal perempuan ni dapat malu sebab tuan empunya akaun ni sebenarnya orang lelaki. 

Hampir 9,000 orang yang retweets pasal hal ni terhibur dan ada juga yang annoyed dengan sikap wanita queen control macam ni. Ada juga buat andaian nakal yang tunang dia tu……Ish! Tak baiklah korang ni!

Apapun niat dia ni kongsikan bukanlah nak condemn wanita tu, tapi sekadar hiburan. Malah, kaji selidik dulu siapa orang tu.

 

Baca : “Boleh tak you block bf I” – Meluatnya Baca Mesej GF Kawan Lama Sebab ‘Insecure’ Bila Dia Like Gambar Gadis Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?