in

“Boleh sebabkan lambat bercakap” – Doktor Dedahkan Kanak-kanak 2 Tahun Ke Bawah Tak Digalakkan Untuk Guna Gajet Teknologi

Feature 2 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan zaman dah maju, kanak-kanak pun makin ramai yang pandai guna gajet macam smartphone dan tablet. Kadang-kadang tu, dorang lagi pandai guna iPad dari kita. 


Namun, sebenarnya kanak-kanak yang berusia dua tahun dan kebawah tak boleh guna teknologi ini sebab lagi banyak buruk dari baik. Perkara ini telah didedahkan oleh Doktor Nimelesh menerusi Twitter.

Kids 10

Difahamkan, perkembangan bahasa, ingatan memori jangka pendek dan kemahiran membaca kanak-kanak boleh terjejas jika mereka terlalu terdedah kepada gajet.

Kids 6

Kids 8

Selain itu, kajian juga mendapati kanak-kanak juga berisiko untuk lambat bercakap sebanyak 49 peratus setiap kali menggunakan gajet selama 30 minit.

Doktor Nimelesh juga menyarankan ibu bapa untuk membenarkan anak-anak yang berusia 18 bulan ke atas untuk menonton rancangan pembelajaran sahaja macam Sesame Street.

Kids 9

Namun, jangan biarkan anak korang tengok sorang-sorang sebab sepatutnya ibu bapa kena temankan dorang tengok sambil bercakap dengan anak. Baru lah hubungan pun makin erat kan. 

Untuk kanak-kanak yang berusia dua sehingga lima tahun pula, penggunaan gajet dan menonton TV tidak boleh melebihi satu jam sehari. Kalau boleh, elakkan dorang dari tengok TV pada waktu malam sebab nanti susah nak tidur.

Kids 1

Bila tak cukup tidur, mula lah tantrum sebab mengantuk dan taknak pergi sekolah. 

Dia juga sarankan ibu bapa untuk sentiasa membaca dengan anak sebab aktiviti ini dapat merangsang otak mereka.

Kids 5

Kids 3

Ada juga netizen lain yang berkongsi pengalaman mereka tentang bahaya gajet ni.

Kids 4

Kita faham ada parents yang terpaksa bagi anak guna smartphone sebab busy tapi pemantauan kena rapi lah. 

Baca: “Genius muda” – Usia Baru 3 Tahun, Kanak-kanak Malaysia Ni Dah Dapat Masuk Mensa!  

Kids

Sumber: Twitter
Sumber: Youtube
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.