in

“Genius muda” – Usia Baru 3 Tahun, Kanak-kanak Malaysia Ni Dah Dapat Masuk Mensa!

Untitled Collage 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang dapat kita jumpa atau mungkin sekadar dengar, kanak-kanak seawal berusia dua tahun sudah pandai membaca buku cerita.


Tapi lain kisahnya bagi si cilik bernama Muhammad Haryz Nadzim. Kelainan yang dimiliki kanak-kanak ini mula disedari ibunya, sewaktu Haryz berusia tujuh bulan.

Kisah menarik kanak-kanak ini, turut mendapat liputan eksklusif sebuah portal antarabangsa, Metro.co.uk.

Img 7499 49D7 E1579245331769

Menurut ibu Haryz, Nur Anira Asyikin Hashim — beliau merasakan ada sesuatu yang istimewa pada anaknya itu, apabila Haryz mula melontarkan beberapa perkataan pertamanya seawal tujuh bulan lagi.

Dan mencecah usia dua tahun pula, kanak-kanak itu sudah boleh membaca buku ceritanya sendiri.

Disebabkan kepintarannya itulah, pada usia tiga tahun — Haryz diterima masuk sebagai anggota Mensa, iaitu sebuah persatuan antarabangsa yang menghimpunkan individu-individu dan golongan intelektual berIQ tinggi.

Haryz menetap di Durham bersama kedua ibu bapanya. Dan meskipun kedua-dua orang tuanya memiliki latar belakang yang bukan calang-calang — namun mereka tidak pernah menyangka Haryz akan menunjukkan tanda-tanda kepintaran luar biasa pada usia seawal itu.

Dsc 0574 6270 E1579245467186

Selain itu, ketika dihantar ke tadika — kedua-dua ibu bapanya dimaklumkan bahawa perkembangan anak pintar itu adalah lebih cepat berbanding kanak-kanak lain seusianya, dan bermula dari situlah mereka sedar bahawa Haryz memiliki keistimewaan luar biasa.

Kepintarannya itu telah membuatkan beliau dijemput untuk menyertai Mensa British, selepas mencapai skor IQ yang luar biasa iaitu 142 dalam ujian Stanford Binet.

Menurut Anira, anaknya itu kini menjadi salah seorang individu termuda dalam dunia yang akan diterima masuk ke persatuan eksklusif tersebut.

Surat

Ibunya juga berkata,anaknya itu sebenarnya sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang gemar bermain namun Haryz lebih gemar berbual dengan orang dewasa.

Anira dan suaminya juga begitu gembira dengan perkembangan anak mereka, namun menegaskan mereka tidak mahu terlalu membebankan anaknya itu pada usia yang muda.

 

Baca: “Hebat! Parents pun supportive” – Baru Umur 12 Tahun Tapi Lukis Bangunan Dah Macam Architect Pro

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.