Satu info berguna buat para wanita yang sedang hamil, selain daripada pemakanan, penggunaan produk penjagaan kulit juga kena ada ‘pantangnya’.
Seorang Doktor Kesihatan & Kehamilan, Dr Muhammad Abdul Razak senaraikan 2 bahan yang perlu dielakkan sepanjang tempoh hamil jika ianya terkandung dalam produk penjagaan kulit kita.
Walaupun dah guna bertahun-tahun lamanya, ada bahan yang terkandung dalam produk, yang mungkin tak selamat untuk kehamilan anda.”
Antaranya adalah Retinoid. Ini kerana bahan ini berasal daripada vitamin A. Kata Dr Izzat, produk yang mempunyai isotretinoin (yang kebiasaanya terkandung dalam produk merawat jewarat) ini boleh menyebabkan kecacatan janin.
Namun begitu, kadar penyerapan oleh badan melalui isotretinoin yang disapu adalah kurang berbanding isotretinoin dalam bentuk pil yang dimakan.
Walaubagaimanapun, lebih baik untuk elakkan penggunaan kedua-duanya.
“Prescription Retinoids ( memerlukan preskripsi Dr ) : adapalene & tretinoin – biasa guna dalam rawatan jerawat.
Non-Prescription retinoids ( tak perlu preskripsi Dr): retinol, retinaldehyde, retinyl palmitate-banyak terkandung dalam krim antipenuaan, krim cegah kedut atau krim malam.”
Selain itu, kandungan yang dinasihatkan untuk elak adalah Salicylic acid. Biarpun ia begitu popular dalam produk penjagaan kulit muka, ia tidak digalakkan buat ibu mengandung.
Menurut Dr Izzat, ini kerana bahan yang mampu tembus ke liang-liang pori dan banyak didapati dalam produk pencuci muka, serum, pelembab, dan pelindung suria (sunscreen) ini boleh menyebabkan keracunan salicylate (dimana ia satu keracunan kronik yang mungkin boleh memberikan gejala seperti loya, sakit perut dan kadar pernafasan yang cepat)
“Takde kajian mengenai penggunaan salicylic in pregnancy (so far ). Risk adalah rendah jika strength yang digunakan adalah rendah, ataupun exposure tak lama.”
Namun begitu, Dr Izzat menasihatkan agar elakkan daripada menggunanya melainkan ia tertulis memberitahu bahawa ia selamat untuk ibu-ibu mengandung.
2) Salicylic acid
Bahan yg mampu tembus liang-liang pori banyak terdapat salam pencuci muka, serum, pelembab, sunscreen. Penggunaan terlampau banyak untuk tempoh jangka masa yang lama boleh sebabkan keracunan salicylate.
— تصميم سيره ذاتيه | CV (@Doaa_CV) June 12, 2021
Diharap para wanita bahkan lelaki yang mempunyai pasangan, ahli keluarga dan orang terdekat yang sedang hamil dapat ambil info ini sebagai satu panduan.
Baca : Berita Baik! Ibu Hamil & Menyusukan Anak Boleh Kemaskini Status di MySejahtera