in

“Boleh rentas negeri ke sana ke sini” – Rakyat Terima Dua Dos Vaksin Mungkin Boleh Rentas Negeri & Negara Lepas Ini

Dia Dos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untungnya mereka yang dah dapat dua dos suntikan vaksin COVID 19…. 


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan jaminannya bahawa penerima suntikan dua dos vaksin COVID 19 mungkin boleh diberikan kebenaran untuk merentas negeri, malah dijangka boleh ke luar negara tanpa sebarang halangan, lapor Astro AWANI.

▪️ Penerima suntikan dua dos lengkap vaksin COVID-19 akan diberikan kebenaran untuk merentas negeri tanpa sebarang halangan kelak.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, April 1, 2021

 

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Kuching, semalam.

Kita boleh memutuskan kalau sesiapa yang sudah mendapatkan dua suntikan mereka boleh rentas negeri, daerah atau bahagian. 

“Boleh rentas negeri ke sana ke sini… mereka (penerima vaksin dua dos) boleh pergi ke mana-mana dengan tidak dihalang oleh pihak berkuasa, polis dan sebagainya,” katanya.

Ap20336845301014

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan kini sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat negara ini lakukan perjalanan ke negara terbabit.

Tambah beliau lagi, sijil juga akan diberikan bagi membuktikan individu tersebut sudah menerima dua dos suntikan vaksin yang mana ia akan menjadi ‘pasport’ untuk mereka bergerak ke mana saja.

“Malah dengan sijil itu juga, mereka boleh melakukan perjalanan ke Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta,” katanya lagi.

Menurut Muhyiddin lagi, perkara ini juga adalah satu galakan dan kemudahan yang boleh diterima kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID 19.

Fuh kalau macam ni, lagi ramailah yang nak dapatkan vaksin kan? 

Baca: Kerajaan Akan Beri Bantuan Khas Sehingga RM500,000 Jika Penerima Vaksin Terima Kesan Sampingan Serius

Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.