in

[VIDEO] Bapa Tolak Anak Istimewa Dalam ‘Stroller’ Ketika Acara Larian Buat Netizen Sebak

Bapa Lari Anak Stroller

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja biarpun berpenat lelah serta berhujan panas demi sesuap nasi buat isteri dan anak-anaknya yang tercinta.


Perkara ini telah dibuktikan menerusi sebuah video yang memaparkan pengorbanan seorang bapa yang sanggup mencuri masa dari waktu bekerjanya untuk menemani anak istimewanya dalam satu acara larian sempena Hari Sukan di sekolah.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan para peserta telah mengambil tempat untuk bersedia sebelum pengadil membunyikan hon.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pelajar OKU Berlari Guna Tongkat, Cikgu Teman Sehingga Garisan Penamat

Artikel berkaitan: “The real Papadom!” – Video Anak Berpelukan Manja Dengan Bapa Buat Ramai Sebak

@purtek27

Kasih Sayang Seorang Ayah Kepada Anaknya 🥹, Ambil Masa Kerja Sekejap Untuk Teman Anak Untuk Hari Sukan Sekolah Anak #anakistimewa ♥️ #kasihsayangayah ♥️ #BagiSemangat ♥️

♬ original sound – xxme7xx – netballfans

Dapat dilihat peserta di barisan akhir, turut kelihatan bapa kepada pelajar perempuan itu juga bersedia bersama anak perempuannya yang duduk di dalam stroller.

Sebaik sahaja hon dibunyikan, bapa pelajar itu segera berlari sambil menolak stroller dengan bersungguh-sungguh bersama peserta lain.

Suasana pada acara itu begitu meriah dengan beberapa guru tidak melepaskan peluang untuk memberikan semangat kepada peserta.

“Kasih sayang seorang ayah kepada anaknya, ambil masa kerja sekejap untuk teman anak pada Hari Sukan sekolah,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

“Memori terindah saya dan anak”

Menjengah ke ruangan komen, bapa kepada pelajar itu mengucapkan terima kasih kepada pengguna TikTok itu kerana sudi merakamkan detik indahnya bersama anak.

Screenshot 2023 10 06 161336

Menerusi video yang dimuat naik bapanya, kelihatan wajah gembira anaknya ketika si bapa mula menolak stroller untuk berlari.

@cahayalensartmael

♬ Semangat Baru – Merpati

Perkongsian video itu telah meraih perhatian netizen, rata-ratanya berasa sebak melihat pengorbanan seorang bapa buat anak yang disayanginya.

Dalam pada itu, ramai memuji layanan dan semangat bapa tersebut walaupun pastinya akan berasa penat selepas larian.

Screenshot 2023 10 06 161455 Screenshot 2023 10 06 161349

Kasih sayang antara ayah dan anak akan kekal buat selamanya!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.