in

“Boleh buat side income” – MDKS Offer Nak Bayar RM3 Untuk Setiap Tikus Yang Berjaya Ditangkap

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk Kuala Selangor, Ini peluang korang untuk dapat duit lebih sambil selesaikan masalah tikus dekat kawasan rumah korang tu!


Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) baru-baru ini telah lancarkan ‘Kempen Kawalan Tikus 2021’ dan nak bagi saguhati untuk penduduk yang berjaya tangkap tikus dan serahkan pada pihak berkuasa.

Menerusi posting di Facebook, MDKS mengatakan yang kempen ini akan berlangsung hingga 30 November 2021 dan individu yang berjaya menangkap tikus sama ada hidup atau mati akan diberikan bayaran RM3 untuk seekor tikus.

144876729 10158155673596472 4159989224821254218 O

Bayaran untuk serahan tikus hidup atau mati adalah RM3 untuk seekor. Waktu serahan pada setiap hari Isnin dan Jumaat.”

Tikus yang korang tangkap ni korang boleh serahkan ke Jabatan Kesihatan dan Persekitaran, Kuala Selangor. Tahulah dorang nak buat apa dengan tikus-tikus yang mengganggu hidup korang ni!

Kerana kempen ini hanya dijalankan di Kuala Selangor, ramai netizen dari daerah dan negeri lain juga turut berminat dan meminta majlis daerah mereka untuk buat benda yang sama.

Screenshot 2021 02 18 At 1.58.00 Pm Down

 

Baca: “Jijik tapi terpaksa” – Penduduk Makan Tikus Dan Ular Sebab Takde Duit Gara-gara Covid-19

Screenshot 2021 02 18 At 2.12.58 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.