Disebabkan salah faham oleh dua orang individu, seorang lelaki terima padah cedera dimuka akibat ditumbuk oleh seorang lelaki yang dipercayai merupakan AJK kawasan tersebut.
Menerusi Sinar Harian, pergaduhan ini melibatkan seorang peniaga dan seorang AJK tapak perniagaan di Medan Selera Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Video pergaduhan mereka ini sudah viral di media sosial, apa yang dilihat kan memang pergaduhan itu boleh dikatakan agak teruk.
https://www.facebook.com/awannano.nano.3538/videos/736289570454181/?t=0
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahamad berkata, kedua-dua individu ini telah pun ditahan.
Katanya, pergaduhan ini berpunca daripada perselisihan faham apabila si ibu kepada peniaga itu menegur biro keselamatan persatuan aman yang bekerja sebagai security guard disana.
Lelaki itu dikatakan tidak membenarkan peniaga pasar malam berniaga di kawasan berkenaan selagi tiada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak persatuan taman.” – Asisten Komisioner Afzanizar Ahamad
https://www.facebook.com/awannano.nano.3538/videos/736289513787520/?t=0
Ada yang mendakwa AJK tersebut telah mengeluarkan perkataan lucah pada isteri peniaga tersebut. Dari situlah pergaduhan ini bermula dan polis turut bergegas ke lokasi untuk selesaikan masalah.