in

Boleh Baring, Rehatkan Otak, Meja Dan Kerusi Murid Di Sekolah Ini Boleh Diubah Jadi Katil

F2 Meja Kerusi Sekolah Pelajar Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Murid sekolah rendah atau menengah dan jadual yang padat memang tidak dapat dipisahkan, lebih-lebih lagi jika anda berada di tingkatan lima sebab akan menghadapi SPM. Jadi, kelas tambahan pada waktu petang dan waktu malam memang wajib di kebanyakan sekolah.

Bagi murid sekolah rendah yang beragama Islam pula, mereka perlu menghadiri kelas kafa atau sekolah agama pada waktu petang atau tuisyen tambahan. Jadi, memang penat.


Namun, perabot kerusi dan meja murid di sebuah sekolah dipercayai di China ini pula menjadi tular kerana ia boleh diubah menjadi katil untuk memberi peluang kepada pelajar baring dan melelapkan mata seketika ketika waktu tengah hari di sekolah.

8 2

Kerusi dan meja itu telah menjadi tular setelah dikongsikan di TikTok baru-baru ini dan ia telah menyebabkan ramai warganet ‘cemburu’ kerana murid-murid tersebut dibenarkan untuk berehat dan tidur seketika atau power nap ketika di sekolah.

@cybernation_sg

These adjustable #desk #chairs allow #students to lie down for a restful #nap in the classroom. Some #schools in #China have introduced adjustable desk-chair sets to their classrooms in an effort to improve #student rest during classes or lunch breaks. These sets come in three primary folding designs and can be quickly converted into a bed-like configuration. Some sets even include pillows and blankets for a more comfortable nap. They seem to give these busy students a much-needed respite, helping them find a little #balance amidst the great academic pressure and the rest they need to grow and thrive. #studydesk #classroom #adjustable #studentlife #singapore #singaporetiktok #tiktokuni #viraltiktok #learnontiktok

♬ original sound – CYBERNATION – CYBERNATION

Artikel Berkaitan: Pelajar China Jadi Simbol Kerja Keras Lepas Viral Selit Lampu Pada Rambut Untuk Belajar Lewat Malam

Artikel Berkaitan: Pengetua Sekolah Makan Sisa Makanan Pelajar, Sebab Nak Bagi Kesedaran Tentang Pembaziran

Dalam video terbabit, dapat dilihat bahawa meja murid sekolah itu boleh dicondongkan agar ia boleh menyokong bahagian tempat letak belakang.

Kerusi itu juga dilengkapi dengan bahagian foot rest agar pelajar boleh meluruskan kaki mereka ketika berbaring agar tidak lenguh setelah berjam-jam duduk untuk belajar. Foot rest itu pula boleh dilipat apabila tidak digunakan.

9 1 1

Best kan! 

Selain meja dan kerusi, ada juga sesetengah sekolah yang menggunakan model kabinet yang boleh diubah menjadi katil apabila ditarik dan apabila tidak digunakan, ia boleh dilipat semula dan bertukar menjadi kabinet semula.

Sumber: Facebook People’s Daily, China & TikTok Cybernation_sg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.