in

“Blackpink menari pon tak selembut ni” – Netizen Terhibur Tengok Lelaki Dari Kelantan Ini Parodi How You Like That

Bp4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya muzik K-Pop kini boleh dikatakan menjadi kegilaan anak-anak muda dari seluruh dunia, antara nama yang kini sedang mengungguli industri hiburan dari Korea itu adalah, tak lain dan tak bukan, Blackpink.


Bila keluar muzik video single terbaru, pasti akan menjadi siulan orang ramai dan gaya tarian yang menjadi ikutan terutamanya peminat fanatik mereka sampai ada yang sanggup buat video dance step yang sama seperti mereka lakukan macam sekumpulan remaja lelaki ini.

Dikenali sebagai Instaboyz, remaja yang berasal dari Kelantan ini buat Parodi lagu How You Like That dan kini menjadi tumpuan netizen di Twitter.

 

Blackpink in your area!

Perkongsian itu telah meraih lebih daripada 4,000 retweets dan 13K views di Youtube dalam masa 2 hari ia dimuat naik.

Rata-rata netizen terhibur apabila menontonnya dan ada juga yang memberi sokongan kepada mereka dengan menyatakan bahawa sekurang-sekurangnya ia jauh lebih bagus daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

 

Blackpink menari pun tak selembut ni – Netizen

Yt Yt2 Yt3 Yt4

Walaupun ada yang menegur, tetapi ada juga yang boleh terima secara terbuka. Tak apa lah pendapat masing-masing kan?

 

Baca : “Dah padam tapi…” – Muzik Video ‘How You Like That’ Dari Blackpink Dikecam Sebab Guna Patung Ganesha?

Bp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.