in

Bisik harga sesuai, kita jual” – [VIDEO] Ramai Terpegun Cara Jual Beli Ikan Secara Berbisik Di Kedah

Ft Bisik E1632381121268

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau pergi pasar, mesti korang akan terbayang suasana yang riuh dan suara peniaga menjerit-jerit untuk mempromosikan jualan barang basah mereka.



Tapi lain pula dengan kisah kalini, dalam perkongsian @awieee97, dia telah memuat naik video di akaun Tiktok miliknya yang menunjukkan keunikan jual beli ikan di sebuah pasar di Kuala Muda, Kedah.

@awieee97

Bit harga ikan🤣 harey kalah🤣

♬ original sound – Fitri_ – Fitri_

“Berbisik sebab nak tawar”

Pemilik akaun Tiktok ini, Awie sedang melakukan aktiviti tawar-menawar dengan seorang peniaga ikan dan beberapa pelanggan lain dengan hanya berbisik sesama mereka di pasar Kota Kuala Muda.

Harga yang mereka tawar juga tidak diketahui, hanya penjual ikan tersebut sahaja yang tahu. Namun, dalam video yang dirakam kamera itu menunjukkan Awie kalah dalam bid beberapa bakul ikan.

“Tarikan pelancong”

Menurut penduduk setempat, pasar yang diberi nama ‘Pasar Bisik-bisik’ itu telah menjalankan aktiviti jual beli secara berbisik sejak sekian lama lagi. Aktiviti sebegini dianggap aneh kerana jarang dilakukan di kebanyakan tempat atau jeti nelayan di negara ini.

Keunikan ini juga telah menarik para pelancong selain peniaga, pemborong serta pengusaha restoran untuk bertandang ke Kompleks Pasar Kota Kuala Muda, Kedah.

Video yang berdurasi hampir seminit itu telah mendapat hampir seratus ribu jumlah tontonan di Tiktok. Menjengah di ruangan komen, Rata-rata netizen tertarik dengan cara mereka berniaga dan ada juga yang sempat buat lawak tentang perkara itu.

Komen Pasar

Kalau korang nak tengok dan alami suasana di ‘Pasar Bisik-bisik’ yang sebenar, korang boleh la datang situ atau boleh tengok dekat Youtube je.

Kalau perempuan cantik bisik, confirm cair dapat percuma, hehe gurau je.

Baca: “Mula2 je member beria” – [VIDEO]  Excited Sangat Nak Hiking Gadis Terduduk Lepas Setengah Jalan

Fi Penat Hiking E1632370888365

 

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.