in

“Mula2 je member beria” – [VIDEO] Excited Sangat Nak Hiking, Gadis ‘Terduduk’ Lepas Setengah Jalan

Fi Penat Hiking E1632370888365

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kerajaan dah beri kelonggaran kepada individu yang selesai dua dos suntikan vaksin, nyata ramai tak lepaskan peluang untuk meneroka alam semula jadi seperti melakukan aktiviti hiking mahupun berkelah di tepi sungai.


Sudah semestinya aktiviti sebegini lebih seronok jika dapat dilakukan bersama kawan yang sekepala dengan kita, tapi mesti akan ada salah seorang itu yang pada mula saja teruja namun akhirnya.. Em susah nak diungkap.

 

Mula-mula seronok.. Lepas dah mula tu..

Sejak beberapa hari lalu, sebuah video berkenaan sekumpulan gadis ini menjadi viral selepas salah seorang dari mereka mungkin tak akan ikut pergi hiking bersama kawan-kawannya buat seketika selepas ini.

Menerusi posting dimuat naik oleh @Dilaaa, terlihat dia bersama beberapa orang kawannya tiba di sebuah kawasan yang sesuai untuk aktiviti hiking di Sarawak.

Penat Hiking 3

Namun yang menarik perhatian adalah gelagat salah seorang rakannya ini, dilihat sangat teruja untuk memulakan perjalanan mereka itu. Sebelum mereka mula, dia kelihatan sangat seronok sempat seakan menari dan menyanyi sambil merakam dirinya. Bukan tu saja, dia juga sempat ketawa dengan kawan yang lain.

Selepas beberapa ketika, gadis tersebut mula dilihat berdepan masalah apabila dia terhuyung-hayang sambil memegang tali semasa hendak mendaki. Setelah itu dia terus terduduk akibat kepenatan.

Walau bagaimanapun semangat dia masih kuat, dia tetap teruskan perjalanannya sambil dibantu oleh kawan-kawan yang lain.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini video tersebut telah meraih lebih dari 121k views di TikTok.

@_fadillalyda

Mula mula je member beria pastu kecundang #fyp #hiking

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

 

“Mesti dalam hati menyesal ikut”

Menjengah ke ruangan komen, nyata apa yang terjadi kepada gadis tersebut buatkan ramai netizen seakan boleh relate. Ada yang seakan faham perasaan gadis tersebut lepas lihat keadaannya yang kepenatan itu. Selain itu juga, ramai yang seakan mengalami perkara sama semasa mereka pergi hiking.

Reak Penat Hiking 3 Edit Reak Penat Hiking 1 Edit Reak Penat Hiking 2 Edit

Kesian betul tengok kawan dia tu. Tapi kawan macam ni lah yang orang akan rindu bila dia tak ada nanti.

 

Baca : [VIDEO] Member Cakap Lagi Semeter Nak Sampai, Gelagat Gadis Ni ‘Give Up’ Hiking Buat Ramai Terhibur

Foot Penat Hiking

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.