Bagi mereka yang menaiki pengangkutan awam MRT laluan Putrajaya semalam, korang pastinya berdepan dengan kesukaran apabila enam stesen MRT laluan berkenaan telah ditutup bagi membolehkan kerja baik pulih susulan gangguan bekalan kuasa yang berlaku seawal 5.54 pagi, Selasa.
Susulan itu, ramai penumpang yang sepatutnya turun di Stesen Taman Equine; Stesen Putra Permai; Stesen 16 Sierra; Stesen Cyberjaya Utara; Stesen Cyberjaya City Centre dan Stesen Putrajaya Sentral terpaksa turun lebih awal di MRT UPM hingga menyebabkan kesesakan teruk di kawasan berkenaan.
Ramai terpinga-pinga lihat suami ambil isteri naik bas
Namun di sebalik kisah tidak menyenangkan itu, ramai tertarik dengan video yang dimuat naik oleh seorang isteri pemandu bas apabila suaminya terpaksa mengambil wanita ini menggunakan bas.
Di dalam video itu, dapat dilihat si suami membunyikan hon dan paparan skrin di bas berkenaan siap bertulis, “Bini saya Rosnah! Sila naik bas!” membuatkan ramai di kalangan netizen geli hati melihatnya.
Tak cukup dengan itu, orang ramai di sekitar stesen MRT UPM juga terpinga-pinga melihat situasi yang berlaku di depan mata mereka.
@nani_rosnani3 Pengguna setia public transport, tiba2 stuck kat MRT UPM pulak petang tadi, Nasib baik husband dah sttle job trus mintak pickup! Macehhh husband @Muhd Ameerul maafff syggg tercarutt👉🏻👈🏻 #rosesendasyantikk #mrt #mrtupm #mrtstuck
Menurut wanita yang dikenali sebagai Rosnah ini, sebaik suaminya selesai menjalankan tugas, lelaki itu terpaksa mengambil isteri yang terkandas di stesen MRT berkenaan.
Pengguna setia public transport, tiba-tiba stuck dekat MRT UPM pulak petang tadi. Nasib baik husband dah settle job terus minta pick up! Maceh husband!” katanya.
Artikel berkaitan: “Sweet couple ni” – Pasangan Singa Di Zoo Negara Tunjuk Kasih Sayang Buat Orang Single ‘Jealous’
Artikel berkaitan: “Bila laki kau orang cina” – Mira Tayang Video ‘Sweet’ Dengan View Chin
“Abang suami paling sweet”
Video berkenaan menerima pujian daripada netizen yang menganggap lelaki berkenaan sebagai seorang yang sweet serta bertanggungjawab dan ramai yang mendoakan agar pasangan ini terus kekal bahagia.
Sumber: TikTok