in

“Binatang betul!” – Lelaki 40 Tahun Culik Pelajar Masa ‘OTW’ Ke Sekolah, Rogol & Biar Kemaluan Berdarah

Kena Rogol Otw Sekolah

Pelajar berusia 13 tahun menjadi mangsa kerakusan seorang lelaki berusia 40 tahun yang tidak mampu mengawal nafsunya. Menurut laporan, pelajar St. Peter’s Primary School Ahoada di Nigeria itu sedang dalam perjalanan ke sekolah pada Isnin lepas sebelum tiba-tiba diculik lelaki durjana tersebut.

Lepas lelaki tu culik, dia ‘simpan’ pelajar tu selama beberapa jam dan dipercayai merogolnya berkali-kali.

Bila dah puas, dia tinggalkan je pelajar tu dalam keadaan kritikal. Dua gambar keadaan pelajar tu menjadi viral menunjukkan darah meleleh di kakinya selain tompokan darah juga ada dekat bahagian belakang uniform sekolah dia.

Kena Rogol1
sumber: groove

Lelaki tu pula telah melarikan diri lepas kejadian tu dan beberapa orang awam yang prihatin dikatakan membawa pelajar malang itu ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.

Selepas pemeriksaan dilakukan, malangnya kecederaan itu terlalu teruk dan doktor memberitahu pelajar berkenaan mungkin tidak boleh mengandung di masa akan datang.

Kena Rogol2
sumber: groove

Difahamkan, International Federation of Female Lawyers (FIDA) kini sedang memburu lelaki itu dan berjanji tidak akan berhenti sehingga dia tidak ditahan pihak berkuasa.

Wakil FIDA berkata, mereka tidak akan biarkan lelaki itu hidup bebas kerana perkara yang sama semestinya akan berulang lagi dan semakin ramai gadis yang akan menjadi mangsa which will lead to pelajar taknak pergi sekolah sebab ketakutan.

Masyarakat setempat juga terkejut dan berasa marah dengan apa yang berlaku dekat pelajar tersebut. Masing-masing berharap lelaki tersebut akan dapat ditangkap dan diberi hukuman yang setimpal.

Komen Netizen
sumber: groove

Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang wehhhh. Kesiannya budak tu, tak dapat bayangkan kesakitan dia.

Baca: “Dia diheret sebelum dirogol”- Anak ‘Ratah’ Ibu Sendiri Waktu Jalan Kaki Balik Rumah

Featured 3