in

Billboard Produk Kecantikan ‘Tumpah’ Semasa Pemasangan, Kreativiti Pemasaran Eucerin Dipuji Ramai!

Ft Eucerin

Baru-baru ini, pemasangan sebuah billboard produk terbaharu Eucerin menjadi perbualan netizen. Mana tidaknya, ketika pemasangan, papan iklan 3D tersebut tiba-tiba menumpahkan isi kandungan dan terkena mereka yang berada di kawasan tersebut. 

Situasi berkenaan berjaya dirakamkan dan rata-rata seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku disebabkan ‘kecuaian’ tersebut. Sebenarnya, ‘kecuaian’ tersebut adalah disengajakan dan ia merupakan video gimik pelancaran produk terbaharu Eucerin iaitu Eucerin SOS Serum.

Selepas mengetahui ianya hanyalah taktik pemasaran, ramai yang memuji pasukan pemasaran Eucerin gara-gara idea di luar kotak berkenaan.

Dalam  masa yang sama, rupa-rupanya dah ramai pengguna yang kongsi keberkesanan produk SOS Serum yang diiklankan tersebut. Rata-rata perkongsian di platform media sosial Lemon8 mengatakan ianya memberikan kesan sejak penggunaan kali pertama! 

Sebagai contoh, perkongsian oleh @liyasurayaa yang berkongsi masalah jerawat yang dialaminya berpunca daripada solekan tebal setiap hari disebabkan tuntutan kerja sebagai pengacara ‘Live’.

Screenshot 2024 06 07 095346

Menurut Liya, disebabkan rutinnya yang mengenakan solekan tebal setiap hari, mukanya menjadi lebih teruk berminyak selain ia menyebabkan pori di muka tersumbat. Bila semua tu terjadi, maka senang untuk naik jerawat dan lebih membimbangkan, parut yang ditinggalkan menjadi sangat ketara, lebih gelap dan tak hilang. 

Perkara tersebut pastinya membuatkan ramai di luar sana hilang keyakinan dan sukar untuk mencari produk yang sesuai, sehinggalah dia menemukan Eucerin ProACNE Solution SOS Serum.

Begitu juga dengan perkongsian seorang lagi pengguna yang berpuas hati dengan produk berkenaan di TikTok @melurtea.

@melurtea Is it true that @eucerin_my ProACNE SOS Serum can effective relief acne from 1st application? 🤔 Lets try it out! #EucerinAcneExpert @eucerin_my ♬ original sound – ૮₍´˶• . • ⑅ ₎ა

Kalau tengok dari video yang dikongsikan, boleh lihat perubahan ketara selepas satu hari penggunaan, dan menjelang seminggu kesan jerawat semakin berkurangan dan pudar.

Kelebihan Eucerin ProACNE Solution SOS Serum 

Section 1 Landing Page

Kalau korang ada masalah yang sama, sangatlah disarankan untuk cuba SOS Serum ni yang berkesan untuk hilangkan jerawat dan kurangkan kesan parut selepas hanya satu penggunaan!

Kalau ikutkan, ianya berkesan disebabkan Eucerin ni merupakan produk yang dipanggil ‘gred perubatan’ atau dermatologi dan produk dalam kategori ini sememangnya lebih berkesan sebab ;

Bahan lebih ‘advance’

Section 3 Formula 1 2

Perhatikan kandungan produk, ia disertakan dengan LICO A + DECOL dan 2x CARNITINE yang mana membantu mengurangkan jerawat dan dalam masa yang sama mengawal minyak.

Selain itu ia mengandungi 3x campuran asid iaitu AHA, BHA dan PHA yang melawan jeragat atau bahasa perubatannya comedo dan ia juga membantu menghalang kemunculan semula jerawat.

Penyerapan lebih baik

Selain bahan yang digunakan lebih advance, biasanya produk dermatologi ini mempunyai penyerapan yang lebih baik dengan bantuan teknologi dan sebagainya, jadi ia mampu merawat masalah sehingga ke peringkat paling dalam.

Diuji secara klinikal

Paling penting, setiap produk dermatologi ini akan melalui beberapa ujian secara klinikal. Sebagai contoh Eucerin ProACNE Solution SOS Serum ini diperakui secara klinikal oleh 99% pengguna dapat mengurangkan jerawat, 99% pengguna setuju ia mengurangkan keradangan dan melembutkan kulit wajah dan 97% pengguna setuju ia menghalang kemunculan semula jerawat. 

Tengoklah hasil perbandingan ketika hari pertama penggunaan dan hari ke-7 penggunaan produk yang dikongsikan oleh pengguna-pengguna yang berpuas hati dengan Eucerin ProACNE Solution SOS Serum ni.

Pink Minimalist Beauty Skincare Before After Collage Instagram Post 1

Selain itu, antara banyak kelebihan Eucerin SOS Serum yang menjadi bualan ramai ialah, apa yang membuatkan ramai ia khusus untuk atasi satu masalah dan sangat efektif untuk atasi masalah kulit berjerawat dan merawat pelbagai keadaan dan jenis jerawat selepas satu kali penggunaan tau! 

Jadi, sekiranya korang mengalami masalah jerawat dan dah penat cuba macam-macam jenis produk, apa kata korang cuba Eucerin ProACNE Solution Sos Serum ni.

Korang boleh tengok #SOSSerum untuk tengok sendiri hasil yang dikongsikan oleh pengguna-pengguna produk berkenaan. Semuanya berpuas hati!

Korang bila lagi? Jom dapatkan Eucerin ProACNE Solution Sos Serum di Guardian, Shopee, Lazada, Watsons dan kedai berhampiran sekarang!

Sumber: Lemon8
Sumber: Eucerin
Sumber: Eucerin
Sumber: Eucerin