in

“Bila pikir balik seram wehh” – Wanita Fobia Bawa Anak Mandi Pantai, Buaya Tiba-tiba ‘Timbul’ di Pesisir Pantai

Ada Buaya Di Pantai Bahaya Mandi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya sudah biasa kita dengar mengenai bahaya mandi manda di sungai kerana bimbang buaya memunculkan diri tetapi korang pernah dengar tak kewujudan buaya di kawasan pantai?


Mungkin ramai yang tak pernah dengar namun buaya sebenarnya boleh hidup di laut air masin ya!

Menerusi perkongsian @ladydianne_r di TikTok, dia merakam satu detik mencemaskan apabila terlihat seekor buaya memunculkan diri di persisiran Pantai Kuala Sibuti dekat Miri, Sarawak.

Menurut wanita itu, pada asalnya dia bersama keluarga hanya berjalan-jalan di pantai dan bermain ATV. Namun anak-anaknya kemudian meminta kebenaran untuk mandi di sana kerana sudah lama tak ke pantai.

Mandi Manda

 

“Timbul time anak dah habis mandi” 

Namun tidak dia sangka sebaik anak-anaknya selesai mandi di pantai, kelihatan seekor buaya tenggelam timbul di persisiran pantai dekat dengan kawasan mereka mandi manda sebentar tadi. Adoiii takutnya! 

@ladydianne_r

Fobia nk bawa anak2 p pantai dh??‍♀️bila pikir balik #seram weyh?nasib tkda pa2 blaku.dia timbul pun time ank dh hbis mandi #pantai #crocodile

♬ original sound – LadyDianneR – LadyDianneR

Fobia nak bawa anak-anak pi pantai dah. Bila fikir balik seram weyh. Nasib tak ada apa-apa berlaku. Dia timbul pun time anak dah habis mandi,” jelasnya di kapsyen video.

 

“Nilah yang aku selalu overthinking masa nak mandi pantai” 

Video tersebut telah mengundang kerisauan netizen yang pernah pergi ke pantai tersebut atau yang pernah mandi di mana-mana pantai.

Ramai yang mengingatkan supaya berhati-hati jika mandi di kawasan tersebut kerana sejenis buaya yang mampu bertahan di air tawar dan masin lebih ganas daripada buaya biasa yang ditemui di sungai. Uish seram! 

Bahaya Buaya

Nak mandi kat pantai pun dah tak selamat sekarang ye. Apa-apapun stay safe korang. 

Baca: “Nak aesthetic sangat” – [VIDEO] Lawak! Niat Gadis ‘Picnic’ Tepi Pantai Tak Kesampaian, Ombak ‘Sapu Habis’ Semua Barang

Pantai

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.