in

“Bila masa saya curi lagu?” – Penyanyi Dangdut Jawab Dakwaan Aliff Syukri Isu Curi Lagu Raya

Aliff Syukri Penyanyi Dangdut Lagu Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang mengikuti perkembangan dunia hiburan, korang pasti sedar yang tiap-tiap tahun, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pasti akan mengeluarkan lagu raya meskipun menerima kecaman hebat netizen.


Pun begitu, pada tahun ini, kecoh di media sosial pula isu Aliff Syukri mendakwa lagu rayanya telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.

Artikel berkaitan: Kritik Rumah Aliff Syukri Macam Kedai Tomyam, Syarikat ‘Interior Design’ Mohon Maaf

Artikel berkaitan: “Malaysia tak hargai bakat saya” – Aliff Syukri Mohon Maaf Tiada Lagu Raya Tahun Ini

“Saya redha, walaupun saya dah bayar RM15K pada komposer” 

Aliff Syukri menerusi beberapa posting di Instagram telah meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila seorang penyanyi dikatakan telah mencuri lagu rayanya berjudul ‘Chu Ku Chuk Raya’.

Dakwanya, penyanyi dangdut, Farez Adnan itu telah meniru konsep lagu hari raya yang ingin dilancarkannya dan dia telah mengeluarkan amaun sebanyak RM15,000 pada komposer untuk menghasilkan lagu itu.

Aku memang tak halalkan orang yang ambil dan meniru lagu saya, cuba mengambil gaya saya, suara saya, penari saya. 

“Ingat ya lagu itu takkan meletop sebab orang tetap nak dengar suara aku dan saya tetap dengan pendirian saya, saya dah cuba yang terbaik. 

“Biarlah kalau kau nak curi lagu aku, berlambak lagi komposer lain nak buat lagu dengan aku, saya reda,” katanya.

Penyanyi dangdut jawab dakwaan Aliff Syukri 

Tidak berdiam diri, Farez Adnan, penyanyi yang terpalit dengan isu ini tampil memberi penjelasan dengan mendakwa Aliff Syukri rupanya telah menolak hasil lagu itu terlebih dahulu.

Menurutnya, meskipun Aliff sudah membayar deposit tetapi dia juga mendakwa telah membayar lagu itu, malah lebih lagi daripada apa yang dibayar usahawan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farez Adnan (@farezadnan)

Tolonglah Datuk saya malas nak cakap lebih-lebih, sekarang ini Datuk yang reject lagu itu. Datuk cakap tak suka lagu itu. 

“Lepas tu bila full music dah siap, Abang Amy Ukays (komposer) bagi saya untuk buat full demo. Dah dengar full demo, Abang Amy cakap saya sesuai bawa lagu ini, dia bagi saya lagu ini. 

“Bukan salah saya, saya tak curi lagu Datuk, saya bayar lagi lebih daripada Datuk. Walau apa pun, all the best. Jangan jealous ya Datuk lagu ini memang sesuai dengan saya,” balasnya.

Walau bagaimanapun, respon ini telah mendapat perhatian Aliff Syukri yang mendakwa Farez telah menggunakan konsep dan penari yang sama dalam lagu itu.

Memanglah awak dapat full demo, tapi masalahnya kenapa awak pakai saya punya penari, kenapa ambil konsep saya dan lagu itu adalah lagu saya, saya dah bayar deposit. 

“Untuk pengetahuan awak, komposer ini saya dah bayar, kenapa dia bagi lagu itu dekat awak sebab lagu itu dah dilancarkan pun dan saya pasti lagu saya bakal meletup dari lagu awak. 

“Lagu awak hanya sekadar di pinggiran, saya tetap nombor saya. Awak orang tak kenal pun, saya ramai orang kenal,” bidas Aliff Syukri.

Aliff Syukri juga katanya bakal mengeluarkan lagu raya baru dan rakaman belakang tabir lagu itu juga difahamkan telah tular di media sosial serta mendapat perhatian netizen.

Sebagai info, muzik video Chu Kuca Raya nyanyian Farez Adnan dan kumpulan Ukays telah dilancarkan dua hari lepas dan telah mendapat sebanyak 59,000 tontonan di Youtube setakat ini.

Sumber: Gempak, Instagram 1, 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.