in

Kritik Rumah Aliff Syukri Macam Kedai Tomyam, Syarikat ‘Interior Design’ Mohon Maaf

Rumah 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain selalu menjadi bualan umum kerana kontroversi, usahawan Dato’ Aliff Syukri juga terkenal dengan rumah agamnya yang terletak di Petaling Jaya. Banglo tiga tingkat yang diberi nama ‘Palace Aliff Syukri’ mempunyai rekaan dalaman tersendiri yang berkonsep ‘Royal Modern Classic’.


Pun begitu, satu video telah tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pereka dalaman telah mengkritik rumah usahawan itu seperti kedai tomyam.

“Terpaling interior design, tunggu surat saman..”

Difahamkan, video kritikan tersebut telah dipadam oleh akaun TikTok itu namun Aliff Syukri sempat menyelar kata-kata individu berkenaan dalam satu video yang dimuat naik semalam.

Artikel berkaitan: “Saya bukan berlakon” – Yana Nafi Pecahkan Pasu RM400k Aliff Syukri, Tak Takut Disaman

Artikel berkaitan: Macam Istana! 6 Perkara Tentang Mahligai Aliff Syukri Yang Akan Buat Korang Ternganga

Kata Aliff Syukri, rumahnya itu dibina oleh salah seorang pereka dalaman terbaik di Malaysia dan individu itu tiada hak untuk memberi komen tentang konsep rekaan dalaman rumahnya itu.

Rumah saya, suka hati saya. Tak payah nak sebut nama saya. Jangan guna populariti saya untuk naikkan bisnes awak. Tunggu surat saman dari saya. Awak ni jenis terpaling interior designer.

Aliff Syukri turut mendakwa individu itu tidak berdaftar dengan Malaysian Institute of Interior Designers (MIID). Dia juga sempat memerli pereka dalaman tersebut.

So, jangan nak feeling kau paling terbaik. Duit saya konsep saya ikut suka hati saya. Sesuka hati kata rumah aku macam kedai tomyam. Nak gak tengok rumah awak pula yang mega itu.

https://www.tiktok.com/@abangterlajaklaris/video/7350624574028991762?_r=1&_t=8l12crp428V

Syarikat rekaan dalaman mohon maaf

Terbaharu, syarikat rekaan dalaman tersebut tampil memohon maaf melalui satu kenyataan yang dimuat naik di TikTok pada hari ini. Menerusi kenyataan tersebut, individu itu telah dihubungi oleh wakil pereka dalaman rumah Aliff Syukri dan memintanya untuk memberi penjelasan dan permohonan maaf dalam masa 24 jam.

Katanya, video kritikan rumah Aliff Syukri itu dibuat bertujuan untuk ilustrasi semata-mata dan bukan untuk diambil sebagai fakta. Pihaknya juga tiada niat untuk membuat kenyataan yang tidak tepat kepada sesiapa termasuklah Aliff Syukri.

Atas semangat profesionalisme dan rasa hormat kepada rakan dalam industri yang sama, kami ingin memohon maaf kepada anda sekiranya pendapat atau komen kami dalam video tersebut mengancam Dato’ Aliff Syukri atau kepada Ident3 secara peribadi.

Pihaknya juga telah memadam video itu sebaik sahaja mereka mendapat mesej oleh wakil pereka berkenaan dan sangat mengalu-alukan jika mahu berbincang secara peribadi.

Bagaimanapun, ruangan komen untuk hantaran kenyataaan ini telah ditutup.

Tikvideo.app 7350854409275854098 1

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.