in

Bila Letak Kepala Dekat Bantal, Mengantuk Hilang Secara Tiba-tiba. Ini Penjelasan Kenapa Perkara Ini Sering Berlaku

Ssahnya Nak Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang mengalami situasi sebaik sahaja ‘landing’ kepala kat bantal, tiba-tiba perasaan mengantuk tu hilang dan kita tak dapat nak lelapkan mata. Ughh stressnya..


Giphy

 

Menurut TIME, ramai yang menghadapi masalah seperti ini tambah-tambah lagi golongan remaja. Perkara ini berlaku disebabkan beberapa faktor yang berpunca daripada diri kita sendiri.

 

Punca Mengantuk Tiba-tiba Hilang

#1 Mindset

Otak manusia akan bekerja sepanjang kita membuka mata. Otak ni akan create satu pemikiran berdasarkan benda yang kita lakukan.

Sebelum huraian berlebihan min nak tanya, ada tak yang jenis sebelum tidur suka tengok movie?

Bila kita sering menonton movie dekat tempat tidur, otak ini secara automatik akan membuatkan pemikiran kita berfikir tempat tidur adalah tempat paling sesuai menonton movie.

Dur1

Bila letak kepala atas bantal je, terus hilang mood nak tidur, lalu kita layan beberapa movie dahulu sehingga datang balik ngantuk tu.

#2 Overthingking

Ini bukan remaja sahaja, malah mereka yang tua juga akan lalui benda yang sama. Sebelum tidur anda terlalu memikirkan sesuatu perkara hingga menyebabkan mata ni susah nak terpejam.

Untuk tidur dengan tenang,pastikan diri anda bebas daripada memikirkan sesuatu perkara. Biasalah lepas menjalani seharian aktiviti, mesti kita akan berfikir balik tentang beberapa perkara, jadi cuba elakkan.

Dur2

#3 Telefon bimbit

Menurut pakar, cahaya biru pada telefon kita merupakan punca utama kita tidak rasa mengantuk walaupun dah tiba masa untuk tidur.

Selain itu, telefon bimbit ini mampu membuat kita leka sehingga kita tak sedar dah masuk pukul berapa. Min faham ramai yang sibuk dengan kerja, tapi untuk kesihatan kita perlukan tidur, jadi jauhkan diri dengan telefon dahulu ye.

Dur3

#4 Minuman berkafein

Pasti ramai yang menyukai air kopi kan, tetapi air kopi juga boleh jadi punca utama kenapa kita sukar untuk tidur walaupun mata ni dah mengantuk sangat.

Pengambilan minuman berkafein enam jam sebelum tidur boleh menyebabkan kitaran tidur kita ni terganggu serta menjejaskan kualiti tidur.

Jadi, kalau nak minum kopi, minum waktu pagi sahaja , lepas tu kuantiti kopi pulak jangan banyak-banyak tau.

Giphy

Menurut American Psychological Association, kurangkan beberapa aktiviti di tempat tidur kita, kalau boleh jadikan tempat itu khas untuk kita tidur sahaja.

Penyelesaian masalah

Memang sakit hati bila mengantuk tiba-tiba hilang, jadi pasti ramai yang paksa diri mereka dengan cara pejam je mata tu. Kalau dah lebih 20 minit masih lagi tak boleh tidur anda boleh cuba cara ini.

Cuba pindahkan diri kita ke ruangan lain, mungkin anda boleh duduk sebentar di ruang tamu. Waktu di ruang tamu cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh menenangkan fikiran sekali gus datangkan balik mengantuk tu.

Contoh, mungkin anda boleh tambah lagi hiasan untuk meriahkan rumah sempena raya ni.

Kesannya tidak terlalu cepat, tapi dengan cara ini mungkin anda mampu mulakan balik gaya hidup yang sihat dengan cara tidur awal.

 

Baca: “Gerenti raya korang best jugak tahun ni!” – 4 Tips Untuk Meriahkan Sambutan Hari Raya Ketika Musim PKPB

Annotiation

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.