in

“Bila kau nak kawin, Lazada buat sale” – Rare! Posmen Ni Viral Lepas Hantar Barang Masa Pengantin Tengah Bersanding

Femes Viral Posmen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah terfikir tak masa majlis kahwin berlangsung kat rumah, tetiba ada abang posmen datang kirim barang Poslaju? Dalam tengah bersanding tu, tetiba pulak korang kena sign untuk ambil barang Poslaju. Fuh macam tak pernah terjadi kan! 


Apa-apapun benda ni dah berlaku kat seorang pengantin yang dikenali sebagai Penny. Gambar dan video dia serta suami tengah bersanding sambil sign borang Poslaju tu tengah trending sekarang kat Twitter

Nah korang tengok, rare betul ni! 

 

“Selamat tak hantar baby. Udah jadi Pujaan Hati Kanda” 

Rata-rata netizen yang tengok video ni memang tak sangka betul lah ada moment rare macam ni berlaku dalam majlis kahwin. Siap ada yang komen, nasib baik abang posmen ni bawak parcel bukan baby! Kang dah jadi macam drama Remy Ishak berlakon tu, Pujaan Hati Kanda.

Barang
sumber: twitter

 

“Abislah laki dia pening bini kaki shopping” 

Biasalah kalau benda ni dapat ke netizen, habis semua benda dorang nak troll dan buat lawak kan? Admin paling terhibur baca komen dorang tentang nasib si suami dapat isteri yang gila online shopping.

Wah wah… kalau cik abang sayang dia mesti tak kisah kan isteri dia shopping banyak mana pun. 

Bini
sumber: twitter

Selamat Pengantin Baru admin ucapkan kepada pengantin. Congrats kat abang posmen tu, terus femes dia lepas gambar ni viral kan!

Baca: Kenali Syukor Khamis, ‘Mowgli Malaysia’ Yang Terkenal Lepas Gambar Viral Dengan Kerbau Menangi Anugerah Antarabangsa

Mowgli 2 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.