in

“Bila buka rupanya berkumis” – Pakai Purdah Masuk Masjid, Ajak Jemaah Wanita Bergambar Sebab Nak Pegang & Peluk

Lelaki Pakai Purdah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Modus operandi seorang lelaki yang menyamar dan berpakaian seperti wanita baru-baru ini terbongkar lepas orang ramai berasa curiga.



Menurut Tribun, lelaki itu sanggup memakai purdah semata-mata untuk masuk ke bahagian jemaah wanita di Masjid Agung Baiturrahman, Sukoharjo, Jawa Tengah. Indratmoko, 44, dikatakan akan pura-pura ajak jemaah wanita untuk bergambar dan ketika itulah dia akan mengambil kesempatan.

Purdah5
sumber: tribun

Caranya adalah dengan buat-buat mesra supaya dia dapat pegang dan peluk jemaah wanita seorang demi seorang. Sehinggalah pada 22 September lepas, penyamaran dia terbongkar.

Tindak takduknya seolah-olah dapat dihidu beberapa jemaah wanita yang membuat laporan kepada pengawal masjid. Kata pengawal itu, dia perasan yang suspek tidak beredar dari masjid sejak jemaah usai solat Asar lagi.

Dari Asar tidak pulang. Dia hanya duduk di sekeliling jemaah wanita.”

Bila dia mendekati Indratmoko dan bertanya, suspek terus lari tetapi berjaya ditangkap oleh jemaah lelaki yang ada di masjid ketika itu.

Purdah2
sumber: tribun

Semua orang yang berada di masjid ketika kejadian terkejut sebaik saja suspek membuka purdahnya.

Ternyata saat dibuka, kok pria berkumis.”

Purdah4

Purdah6
sumber: tribun

Menurut pengawal itu, ramai jemaah yang berang dan melepaskan geram dengan memukul dan membelasah Indratmoko tanpa ihsan. Disebabkan itu, dia bertindak menghubungi pihak polis yang kemudiannya datang untuk menenangkan keadaan dan menahan Indratmoko.

Pihak polis memaklumkan keluarga Indratmoko telah hadir ke balai polis untuk mengambilnya dan menunjukkan surat yang menyatakan dia mempunyai masalah mental.

Jadi, ini orang memang gangguan kejiwaan.”

Baca: “Tak real langsung” – Raja Dadah Cuba Lari Dari Penjara Dengan Menyamar Jadi Anak Perempuannya

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.