in

“Bibir merah, kening tebal”- Patung Lengkap Berpakaian Sekolah Di Pasar Raya Ini Buat Ramai Terkejut

F2 Patung Baju Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba dah nak dekat musim kembali ke sekolah kan. Biasalah, bila musim-musim macam ni, sudah semestinya banyak kedai-kedai kelengkapan sekolah dan pasar raya akan buat promosi kembali ke sekolah kan.

Namun, baru-baru ini, patung mannequin yang dipakaikan baju sekolah untuk mempromosikan baju sekolah di sebuah pasar raya tempatan telah menjadi perhatian ramai kerana ia mempunyai kening yang tebal dan bibir yang merah.


11

Ramai yang mengatakan patung tersebut macam agak creepy kerana memiliki wajah sedemikian.

Menurut World of Buzz, ada pengunjung pasar raya itu yang agak terkejut dengan keberadaan patung mannequin berkenaan.

Difahamkan, cat merah dan hitam telah digunakan untuk ‘melukis’ kening dan bibir pada wajah ketiga-tiga patung itu.

10

Salah satu daripada patung itu telah dipakaikan baju kurung sekolah menengah lengkap dengan bertudung manakala satu lagi patung telah memakai seragam sekolah pinafore untuk budak sekolah rendah.

Patung mannequin yang ketiga pula memakai seragam sekolah rendah untuk budak lelaki.

9

Gambar patung-patung tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, namun kebanyakannya terhibur dengan pemilihan patung itu oleh pasar raya berkenaan.

Ada netizen yang kata patung tersebut bukan sahaja boleh menakutkan kanak-kanak, malah mak ayah budak pun boleh terkejut.

Namun, ini bukanlah kali pertama patung mannequin di kedai baju menakutkan pengunjung kerana beberapa bulan lalu, patung yang dipakaikan cheongsam di sebuah pasar raya lain juga telah menjadi perhatian kerana wajahnya yang juga agak seram.

8

Sumber: World of Buzz, Sin Chew Daily 

Baca: Lagenda Urban Las Pascualita, Mannequin Bergaun Pengantin Ini Sebenarnya Mayat Yang Diawet?

Las Pascualita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.