in

BF Dari AS Sanggup Menyamar Jadi Petugas Kebersihan Airport Untuk Jumpa GF Di Jerman Waktu Covid-19

Airport

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang ada pasangan mesti dah rindu nak jumpa pasangan masing-masing kan lagi-lagi yang long distance relationship sebab time musim Covid-19 ni pergerakan dihadkan. Rindu-rindu pun jangan langgar perintah kerajaan untuk bergerak ke luar negeri apa lagi ke luar negara.


Macam yang berlaku di Jerman, cubaan seorang lelaki daripada Amerika Syarikat untuk pergi berjumpa dengan girlfriend nya di Jerman gagal selepas kakitangan lapangan terbang Frankfurt menghalangnya untuk masuk ke negara berkenaan, lapor DetikNews.

As

Dilaporkan Jerman masih lagi membuat jadual penerbangan daripada Amerika Syarikat, namun tidak semua rakyat Amerika Syarikat dibenarkan untuk masuk ke negara berkenaan kerana pergerakan yang terbatas.

Lelaki yang berusia 20 tahun itu menaiki flight ke lapangan terbang Frankfurt pada hari Ahad lalu untuk berjumpa dengan girlfriend nya. Setelah sampai di lapangan terbang , dia berusaha menyamar sebagai petugas kebersihan supaya dapat ‘lepas’ pemeriksaan keselamatan yang dilakukan oleh pihak lapangan terbang.

J2

Macam mana dia menyamar ? 

Dia mengenakan vest berwarna kuning macam petugas kebersihan yang lain dan mengambil dua plastik hitam menuju ke tempat pemeriksaaan keselamatan. Dia berpura-pura untuk mengosongkan tong sampah yang ada di kawasan tersebut.

As1

Namun, tindakan lelaki berkenaan dapat ‘dihidu’ oleh kakitangan lapangan terbang itu dengan melihat lelaki itu tidak memakai pass pengenalan diri dan pada masa yang sama juga dia tidak pandai bertutur bahasa Jerman. Tidak lama lepas tu, tindakan lelaki berkenaan dilaporkan kepada pihak polis.

Menurut polis, lelaki itu tidak dapat masuk ke Jerman walaupun lelaki itu dapat ‘lepas’ pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang berkenaan sebab dia masih berada di kawasan transit dan perlu melalui lagi pemeriksaan keselamatan.

Akibat daripada itu, lelaki berkenaan pulang semula ke Amerika Syarikat.

Hmm.. tunggu je lepas semua keadaan pulih. Kalau dah rindu sangat, video call kan ada. 

Baca : “Tak kantoi lah kalau makan panadol” – Doktor Ini Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Elak Coronavirus di Lapangan Terbang

J

 

 

Sumber: Detik News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.