in

“Betul ke tak ni?” – Wanita Baru Kematian Suami Terkilan Dituduh Reka Cerita

Page1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pastinya sukar untuk kita mahu mendapatkan ketenangan semula dan menstabilkan emosi selepas kematian seseorang yang kita sayangi. Kadang kala ianya menjadi lebih sukar apabila ada pihak yang menganggu emosi kita.


Seperti wanita ini yang berdepan dengan seorang individu dipercayai lelaki (melalui gambar profil) selepas beberapa hari kematian suami tersayangnya. Melalui satu perkongsian di Facebook, beberapa screenshot perbualan mereka berdua telah dimuat naik.

Sedih
gambar hiasan

Perbualan itu dimulakan lelaki tersebut bertanyakan tentang barangnya yang belum sampai. Melalui perbualan mereka, difahamkan arwah suami wanita itu, Faris adalah seorang peniaga atas talian.

“Assalamualaikum bos, bila barang boleh sampai. Dah lama sangat ni.”

Wanita tersebut kemudian membalas mesej itu dengan menyatakan bahawa suaminya telah meninggal dunia pada 15 Jun yang lalu. Dia kemudian memberitahu bahawa wang lelaki itu akan dikembalikan dan meminta maklumat serta nombor akaunnya.

Namun, reaksi yang diterimanya sangat tidak disangka-sangka dan menyedihkan. Lelaki itu tidak percaya dengan apa yang diberitahunya dan minta wanita tersebut untuk tidak bergurau dengan cerita sebegitu. Tetapi, dia melakukannya dengan cara yang kasar dan kurang ajar kepada wanita yang masih dalam kesedihan itu.

“Eh awak jangan main-main kawan. Ada yang kawan buat report nanti. Tunjuk surat kematian arwah kalau betul.”

Kematian1
sumber: facebook

Mungkin pada awalnya ianya satu tindakan yang betul kerana bermacam kisah penipuan berlaku di antara peniaga atas talian zaman kini tetapi meskipun sudah diterangkan beberapa kali, lelaki itu masih tidak mempercayainya.

“Kematian suami saya, takkan saya nak buat main.”

Betul jugak kan apa dia cakap tu…

Masih tidak yakin, lelaki itu kemudian meminta bukti gambar sijil kematian.

“Kalau betul dah arwah, meninggal sebab apa? Bila mesej tanya macam macam alasan bagi. Dah lama tunggu. Bila tanya, macam macam alasan, itu lah ini lah.”

Eh, dia taktau ke banyak benda nak kena uruskan kalau berlaku kematian?

Wanita itu yang ternyata terkilan dengan apa yang dikatakan lelaki tersebut masih melayan dan menghantar gambar sijil kematian sebagai bukti.

“Subhanallah. Saya masih bersedih, tuan cakap macam macam tentang arwah suami saya.”

Kematian2
sumber: facebook
Sijil1
sumber: facebook

Lebih teruk lagi, selepas diberi gambar bukti sijil kematian, lelaki itu masih tidak percaya dan bertanya jika ianya benar sijil kematian suami wanita berkenaan.

“Betul ke tak ni? Aduh, zaman sekarang macam macam boleh buat. Orang tipu sana sini.”

Eh apa kau nak sebenarnya. Dia dah cakap nak refund kan!

Kematian3
sumber: facebook

Wanita itu yang sudah tidak mahu melayannya terus memintanya periksa di balai sendiri jika mahu tahu ianya sahih atau tidak.

Orang tengah bersedih kau lagi ganggu emosi, cuba kalau kena dekat batang hidung sendiri.. Itu pun tak boleh fikir ke…

Baca: “Anak Negro Ke Tu?” – Anda Tidak Akan Percaya Betapa Racist-nya Pelanggan Ini

Racist

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.