in

Betul Ke Hanya Kerana RM30, Info Private Kita Tergadai? Peguam Perjelas Apa Sebenarnya Kerajaan Boleh Buat Dengan Data E-Wallet

Rm30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, sebanyak 320,000 daripada 380,000 permohonan bagi program e-Tunai Rakyat katanya telah diluluskan dengan lebih RM10 juta dibelanjakan pengguna pada hari pertama perlaksanaannya melalui 3 e-wallet di negara ni, lapor Berita Harian.


Meskipun mendapat respon yang memberangsangkan, ada pulak di kalangan netizen mula berspekulasi bahawa RM30 dari e-Tunai Rakyat tu sebenarnya ‘nilai’ untuk gadaikan data privasi kita kepada kerajaan. Hah pulak? Biar betul ni? 

 

“RM30 #etunairakyat tu sebenarnya bukan free. Kamu bayar dengan private information kamu” 

Menurut perkongsian seorang netizen di Twitter, data private kita katanya tergadai dek kerana tebusan pemberian RM30 ni.

Nama penuh, alamat rumah, no kad pengenalan, nombor telefon, bank dan lain-lain dakwanya akan dijual kepada syarikat dalam dan luar negara yang bakal gunakan info ini untuk keuntungan mereka.

Etunai 1
sumber: twitter

Malah katanya lagi, semuanya terkandung dalam terma dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah. Korang ada baca tak benda ni sebelum mendaftar?

Etunai 2

Eovipigvuaavprj
sumber: twitter

 

“Data yang diambil daripada pendaftaran e-Tunai Rakyat ini adalah untuk program e-Tunai Rakyat sahaja” 

Meskipun posting ini mendapat pelbagai respon, seorang peguam, Syahredzan Johan telah menjelaskan bahawa notis privasi data yang dinyatakan dalam terma dan syarat platform e-wallet ini sebenarnya bukanlah seperti yang korang sangkakan.

Data yang diambil daripada pendaftaran e-Tunai Rakyat ni hanyalah untuk program e-Tunai saja dan kita sebenarnya tak ada pun beri kebenaran kepada sesiapa untuk jual data kita. 

 

“Kerajaan sudah ada data anda” 

Malah seorang pengguna Twitter lain menjelaskan bahawa untuk apa kerajaan ‘mencuri’ data-data tersebut kerana sudah jelas-jelas lagi mereka mempunyai data kita sejak dari awal.

Tujuan kita memberi data-data tersebut kepada platform e-wallet adalah untuk memberi ‘confirmation’ kepada identiti kita. Jadi platform e-wallet ni semua memang tak boleh jual personal data kita kerana kalau mereka buat juga kiranya perkara ni illegal lah.

Data
sumber: twitter

Namun pada masa yang sama, peguam Syahredzan Johan juga ada menyebut yang kalau korang rasa tak selesa dengan isu data peribadi ni, tak perlulah daftar e-wallet dan ambil wang RM30 tu.

Daftar
sumber: twitter

So apa pendapat anda? Nak daftar dan claim RM30 atau tak payah daftar? Admin dah apply tapi status masih pending ye. So sama-samalah kita menunggu… 

Baca: “Ramai lagi orang susah” – Michael Ang Bagi Cadangan Duit RM30 ‘e-Tunai Rakya’ Patut Diberi Kepada Yang Lebih Memerlukan

Tunai Rakyat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.