Sejak beberapa harini, admin tengok banyak pula iklan tentang duit RM30 yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia ke dalam dompet digital atau eWallet.
Sebelum ini semasa pembentangan Bajet 2020, kerajaan ada memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk melaksanakan balik perlaksanaan insentif eTunai rakyat.
Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan RM100 ribu setahun adalah layak untuk menerima bantuan ini.
Namun begitu, seorang pengarah drama terkenal iaitu Michael Ang telah memuat naik sebuah video pendek dekat laman Instagram miliknya dan memberikan pendapat mengenai perkara ini.
https://www.instagram.com/p/B7VEd3CpirU/?utm_source=ig_web_copy_link
The 30 ringgit untuk galakan cashless society? Seriously? I am sure banyak lagi cara kot daripada giving away money.”
Bagi Michael, duit sumbangan daripada kerajaan itu sepatutnya diberikan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti orang fakir miskin dan golongan gelandangan.
Tambahnya lagi, pihak kerajaan juga sebenarnya tidak tahu siapa sebenarnya yang dapat duit tersebut kerana bila anda buka sahaja aplikasi eWallet yang tersenarai, anda akan mendapat notifikasi untuk claim RM30 tersebut.
Mulai hari ini, 15 Januari sehingga 14 Mac 2020, rakyat Malaysia yang layak adalah dibenarkan untuk menebus wang tersebut.
Korang dah try ke claim RM30 tu? Kalau belum, cuba lah. Mana tau layak, rezeki.