in

Betul-Betul Terhibur, Pelajar Sekolah Joget Lagu Ketipak Ketipung Raya Raih Pujian Netizen

Untitled Project 2024 04 21T152758.811

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas seminggu cuti sekolah sempena Hari Raya, kebanyakkan sekolah pasti tidak melepaskan peluang untuk melakukan majlis Hari Raya di sekolah.


Guru dan murid-murid pastinya berpakaian busana tradisional dan pelbagai juadah disediakan.

Tular satu video pelajar disebuah sekolah membuat persembahan tarian untuk menghiburkan rakan-rakan dan guru.

Difahamkan, guru berkenaan mendakwa pelajarnya hanya sempat berlatih sehari sahaja kerana baru dimaklumkan mengenai persembahan.

Walaupun tidak mempunyai masa berlatih yang lama, para pelajar berjaya melakukan persembahan dengan baik.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat tarian dari pelajar itu.

Persembahan itu turut mendapat sorakan dari pelajar lain yang menyaksikannya.

Sehari je berlatih, kalau berbulan-bulan berlatih pastu berjaya menjadi wakil sekolah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.