in

“Besar mana je pun pekan tu” – Pesakit Covid-19 Lari Dari Hospital Slim River, Ditangkap 1 Jam Kemudian

Feat1 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pekan kecil seperti Slim River, berita seorang pesakit Covid-19 melarikan diri dari hospital boleh tular sekelip mata dalam kalangan penduduk. Menurut Sinar Harian, suasana pekan itu menjadi gempar seketika apabila pesakit lelaki yang sedang dirawat di Hospital Slim River (HSR) melarikan diri dari Wad 7 semalam.


Berita itu terus tular di Whatsapp dan menimbulkan kebimbangan penduduk. Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun itu memakai gelang biru muda dan hanya berseluar pendek serta memakai t-shirt hitam ketika melarikan diri.

Hosp

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata lelaki tersebut dijumpai semula oleh sepasukan anggota ronda Cegah Jenayah Balai Polis Slim River lebih kurang satu jam kemudian.

Pihak hospital memaklumkan kejadian itu kepada polis kira-kira jam 4.48 petang dan lelaki tersebut ditangkap di kawasan Bandar baru berhampiran sebuah stesen minyak kira-kira jam 6 petang.

“Sepasukan pertugas kesihatan yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) datang mengambil lelaki terbabit dan dibawa balik ke hospital.”

Lari4

Lari1

Lari3

Bukan itu saja, polis turut mendapati lelaki terbabit mempunyai enam rekod lampau dan telah ditahan polis. Lelaki itu juga disahkan negatif dan akan dikeluarkan dari wad hari ini selepas hasil saringan Covid-19 dijalankan ke atasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK), 269 KK dan 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Baca: “Dia jalan kaki 25km” – Pesakit Covid-19 Larikan Diri & Tinggal Gelang Pink Atas Katil, Dijumpai di Kaki Lima

Feat2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.