Semalam, seorang lelaki yang dipercayai pesakit Covid-19 dilaporkan melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP). Menurut Harian Metro, lelaki warga tempatan berusia 23 tahun itu sedang menjalani rawatan di HPP dan disedari tiada di katilnya pada 3.20 petang.
Pemuda yang berasal dari Kepala batas itu memakai baju dan seluar berwarna putih serta meninggalkan gelang pengawasan merah jambu di atas katilnya.
Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Asmayani Khalib berkata lelaki itu berjaya dijejaki dan ditemui di kawasan kaki lima deretan kedai di Bayan Lepas pada 9 malam (hari yang sama).
Menurut Harian Metro, lelaki tersebut dijumpai oleh orang awam dan sepasukan petugas kesihatan yang lengkap memakai PPE kemudian datang mengambilnya untuk dibawa semula ke HPP.
Melalui gambar yang dimuat naik, lelaki itu dilihat memakai pelitup muka dan sedang duduk di kaki lima berkenaan. Difahamkan, dia telah berjalan kaki sejauh 25 kilometer, dari HPP ke kawasan dia ditemui di Bayan Lepas.
Lelaki sedang terima rawatan Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Bayan Lepas sebentar tadi.
Lelaki usia 23 itu hilang dari wad 3.20 petang tadi. pic.twitter.com/AM1qR56U7l
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 15, 2020
Baca: “Hospital tak dapat tampung pesakit COVID 19 jika rekod kes 4 digit setiap hari” – DG Hisham